Terkini
(VIDEO) Penggodam aktifkan siren amaran Israel serentak suara Abu Obeida buat penduduk panik, ketakutan
- Penggodam berjaya menyiarkan klip audio Abu Obeida, jurucakap Briged Qassam Hamas, bersama lagu-lagu Arab.
- Penyiaran serentak mesej dan siren amaran sebenar menyebabkan panik di kalangan penduduk.
- Penggodam tidak hanya terhad kepada kandungan audio; mereka juga mengaktifkan siren amaran, mencetus ketakutan dalam kalangan penduduk haram Israel.
MODI’IN – Satu serangan siber terhadap skrin stesen bas di penempatan “Modi’in”, yang terletak di dalam wilayah Palestin yang diduduki.
Penggodam berjaya menyiarkan klip audio Abu Obeida, jurucakap Briged Qassam Hamas, bersama lagu-lagu Arab.
Penyiaran serentak mesej dan siren amaran sebenar menyebabkan panik di kalangan penduduk.
Laporan yang dipetik Roya News mengesahkan bahawa penggodam tidak hanya terhad kepada kandungan audio; mereka juga mengaktifkan siren amaran, mencetus ketakutan dalam kalangan penduduk penempatan tersebut.
Insiden ini menonjolkan satu trend meningkat perang siber yang menyasarkan infrastruktur awam dan perkhidmatan kritikal dalam ‘Israel’.
Penggunaan suara Abu Obaida bersama siren-siren tersebut kelihatan sebagai taktik psikologi yang disengajakan, bertujuan untuk menakut-nakutkan penduduk haram Israel. – The Merdeka Times