Connect with us

Terkini

Utusan Malaysia sambut baik permohonan maaf Nga Kor Ming

Published

on

Foto: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

 

  • Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn Bhd, penerbit Utusan Malaysia, Mohamad Azlan Jaafar, berkata kesediaan Nga memohon maaf kepada media mengakhiri kemelut itu dan membolehkan semua pihak meneruskan tugas masing-masing tanpa gangguan.
  • “Utusan Malaysia berterima kasih kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana mengakhiri semua polemik ini. Kami juga berterima kasih kepada semua pihak, daripada ahli politik sehingga orang biasa, yang tampil mempertahankan wartawan Utusan Malaysia dan peranan media secara keseluruhan di Malaysia. Diharap kita semua belajar sesuatu yang berharga daripada insiden ini,” katanya dalam kenyataan.

 

KUALA LUMPUR – Utusan Malaysia menyambut baik permohonan maaf Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, bagi menyelesaikan isu yang membabitkan wartawan akhbar berkenaan.

Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn Bhd, penerbit Utusan Malaysia, Mohamad Azlan Jaafar, berkata kesediaan Nga memohon maaf kepada media mengakhiri kemelut itu dan membolehkan semua pihak meneruskan tugas masing-masing tanpa gangguan.

Katanya, pengurusan Utusan Malaysia memilih untuk berdiam diri sepanjang isu ini bagi mengelak keadaan menjadi lebih rumit kepada semua pihak yang terbabit.

“Utusan Malaysia berterima kasih kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana mengakhiri semua polemik ini.

“Kami juga berterima kasih kepada semua pihak, daripada ahli politik sehingga orang biasa, yang tampil mempertahankan wartawan Utusan Malaysia dan peranan media secara keseluruhan di Malaysia.

“Diharap kita semua belajar sesuatu yang berharga daripada insiden ini,” katanya dalam kenyataan.

Azlan menambah, Utusan Malaysia dan para wartawannya hanya melaksanakan tanggungjawab tanpa sebarang prasangka terhadap mana-mana pihak.

“Hanya itu sahaja cara kami dapat membina institusi media yang dihormati,” katanya. -The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author