Connect with us

Terkini

UMNO gadai tanah air, Malaysia kini ikut telunjuk AS – Tun M

Published

on

Foto: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
  • Tun Mahathir dalam kenyataan di Facebooknya mendakwa tindakan UMNO menyokong Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) bertentangan dengan usaha generasi terdahulu yang berjuang untuk memerdekakan negara.
  • Menurut Dr. Mahathir, persetujuan itu bukan sahaja bakal melemahkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat, malah membuka ruang kepada Amerika Syarikat untuk menentukan dasar negara, termasuk hubungan Malaysia dengan negara luar.
  • “Anak cucu kamu akan kutuk perbuatan kamu,” katanya sambil menegaskan bahawa UMNO telah menggadai negara demi kepentingan sendiri.

 

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan keras mendakwa UMNO mengkhianati perjuangan nenek moyang demi kemerdekaan Tanah Melayu, susulan persetujuan parti itu terhadap Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang didakwa meletakkan Malaysia di bawah pengaruh Amerika Syarikat.

Dalam kenyataan di Facebooknya, beliau mendakwa tindakan menyokong perjanjian tersebut bertentangan dengan usaha generasi terdahulu yang berjuang untuk memerdekakan negara.

Menurut Dr. Mahathir, persetujuan itu bukan sahaja bakal melemahkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat, malah membuka ruang kepada Amerika Syarikat untuk menentukan dasar negara, termasuk hubungan Malaysia dengan negara luar.

Beliau mendakwa perjanjian tersebut turut melibatkan komitmen Malaysia untuk membeli barang dari Amerika Syarikat bernilai hampir RM1 trilion, selain menyokong dasar serta tindakan kuasa besar itu.

“Tindakan ini akan menyebabkan segala dasar dan tindakan Malaysia perlu dirujuk kepada Amerika Syarikat supaya tidak bercanggah dengan pendirian mereka. Keberanian Malaysia sudah tidak ada lagi,” katanya.

Dr. Mahathir turut menuduh UMNO sebagai pengkhianat kepada bangsa Melayu, dengan mendakwa perjuangan parti itu kini tidak lagi demi agama, bangsa atau negara, sebaliknya didakwa hanya untuk kepentingan diri ahli dan wakil rakyatnya.

Katanya lagi, tindakan tersebut akan tercatat dalam sejarah sebagai pengkhianatan terhadap negara.

“Anak cucu kamu akan kutuk perbuatan kamu,” katanya sambil menegaskan bahawa UMNO telah menggadai negara demi kepentingan sendiri.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author