Connect with us

Antarabangsa

Trump larang individu obes dapat visa AS

Published

on

Foto: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump
  • Arahan rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara AS pada Khamis kepada semua kedutaan dan konsulat Amerika di seluruh dunia menjelaskan bahawa pegawai perlu menilai tahap kesihatan setiap pemohon sebelum meluluskan visa.
  • Arahan itu turut menyebut obesiti sebagai salah satu faktor utama, dengan menyatakan ia sering dikaitkan dengan asma, apnea tidur dan tekanan darah tinggi, yang semuanya memerlukan rawatan jangka panjang dan kos tinggi.
  • “Adakah pemohon mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk menanggung kos rawatan sepanjang hayat tanpa bergantung kepada bantuan awam?” tambah kenyataan itu.

 

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan dasar baharu yang mengarahkan pegawai imigresen untuk menolak permohonan visa individu yang mengalami obesiti atau masalah kesihatan tertentu, atas alasan mereka berpotensi membebankan sistem penjagaan kesihatan negara itu.

Arahan rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara AS pada Khamis kepada semua kedutaan dan konsulat Amerika di seluruh dunia menjelaskan bahawa pegawai perlu menilai tahap kesihatan setiap pemohon sebelum meluluskan visa.

“Pegawai mesti mempertimbangkan kesihatan pemohon. Beberapa keadaan perubatan termasuk penyakit jantung, pernafasan, kanser, diabetes, gangguan metabolik, neurologi, dan kesihatan mental memerlukan rawatan bernilai ratusan ribu dolar,” menurut dokumen tersebut.

Arahan itu turut menyebut obesiti sebagai salah satu faktor utama, dengan menyatakan ia sering dikaitkan dengan asma, apnea tidur dan tekanan darah tinggi, yang semuanya memerlukan rawatan jangka panjang dan kos tinggi.

“Adakah pemohon mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk menanggung kos rawatan sepanjang hayat tanpa bergantung kepada bantuan awam?” tambah kenyataan itu.

Langkah tersebut dikritik oleh pemerhati sebagai tidak berperikemanusiaan dan terlalu meluas, memandangkan pemohon visa sudah pun diwajibkan menjalani saringan kesihatan bagi penyakit berjangkit seperti tuberkulosis serta melengkapkan vaksinasi tertentu.

Peguam imigresen Sophia Genovese berkata dasar baharu itu boleh mencetuskan kekeliruan besar dalam proses temu duga visa.

“Menilai sejarah penyakit jantung atau diabetes seseorang adalah sesuatu yang sangat subjektif. Ini boleh menimbulkan pelbagai masalah ketika sesi temu duga konsular,” katanya kepada Los Angeles Times.

Pengumuman ini juga dibuat sehari selepas Trump memperkenalkan “fat shot deal”, satu inisiatif kerjasama dengan dua syarikat farmaseutikal bagi mengurangkan harga ubat pelangsing Ozempic dan Zepbound daripada sekitar USD350 kepada USD150 sebulan.

Dalam sidang media yang sama, Trump secara terbuka mendedahkan bahawa Ketua Komunikasi Rumah Putih, Steven Cheung, turut menggunakan ubat berkenaan.

Langkah ini dilihat sebagai sebahagian daripada agenda Trump untuk mengetatkan kawalan imigresen sambil mempromosikan dasar kesihatan yang kontroversial menjelang pilihan raya akan datang.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author