Connect with us

Terkini

Tiada tanda krisis makanan dalam kalangan siswa di UKM

Published

on

Foto: Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM)
  • Namun begitu, Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) menekankan bahawa pihaknya tetap mengambil serius setiap laporan berkaitan kesukaran akses makanan dan bertindak segera melalui intervensi bersasar.
  • “Setakat ini, data rasmi UKM belum menunjukkan pola berisiko tinggi seperti ‘food insecurity crisis’, tetapi HEP tetap mengambil serius setiap laporan dan menangani kes secara segera. Untuk memastikan isu ini tidak menjadi lebih besar, UKM telah memperkukuh program bantuan sara diri dan makanan sedia ada secara bersasar,” jelas HEP dalam kenyataannya kepada The Merdeka Times.

BANGI – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menegaskan bahawa setakat ini tiada pola berisiko tinggi yang menunjukkan berlakunya “food insecurity crisis” dalam kalangan pelajarnya, berdasarkan data rasmi yang dikumpul melalui pelbagai saluran aduan dan pemantauan kampus.

Namun begitu, Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) menekankan bahawa pihaknya tetap mengambil serius setiap laporan berkaitan kesukaran akses makanan dan bertindak segera melalui intervensi bersasar.

“Setakat ini, data rasmi UKM belum menunjukkan pola berisiko tinggi seperti ‘food insecurity crisis’, tetapi HEP tetap mengambil serius setiap laporan dan menangani kes secara segera. Untuk memastikan isu ini tidak menjadi lebih besar, UKM telah memperkukuh program bantuan sara diri dan makanan sedia ada secara bersasar,” jelas HEP dalam kenyataannya kepada The Merdeka Times.

Menurut HEP, usaha intervensi termasuk pengaktifan semula saluran bantuan sedia ada seperti Food Bank KASISWA, bantuan fakulti, program kebajikan HEP, serta penyediaan gerobok makanan di beberapa fakulti melalui kerjasama dengan Kesatuan Mahasiswa UKM (KMUKM).

Pada masa sama, inisiatif Dapur Siswa UKM kini berada dalam fasa pemurnian mekanisme, melibatkan penyelarasan menu, lokasi operasi, sukarelawan, keselamatan makanan dan kaedah agihan sebelum dilancarkan secara rasmi.

UKM juga memperkukuh kolaborasi dengan agensi kerajaan dan sektor swasta seperti Nitori, AEON, MAIWP, dan KK Mart bagi memastikan pelajar yang terkesan tidak terpinggir.

Dalam memastikan harga makanan kekal berpatutan, HEP bersama KMUKM menjalankan pemantauan berkala, audit kualiti makanan, pemeriksaan premis, serta libat urus bersama vendor.

Mekanisme aduan baharu sedang dibangunkan agar isu harga dapat ditangani dengan lebih cepat dan telus.

Selain makanan, sokongan sara diri turut disediakan melalui Zakat, bantuan kewangan ePrihatin dan penilaian kes individu oleh pegawai HEP.

HEP menegaskan bahawa pendekatan UKM adalah bersifat pencegahan awal agar isu akses makanan tidak berkembang menjadi krisis yang lebih besar.

The Merdeka Times sebelum ini melaporkan sebahagian pelajar berdepan kekangan makanan, malah ada yang mengakui terpaksa mencatu hidangan kerana harga makanan di kampus semakin tinggi.

Walaupun tidak sampai tahap tidak makan langsung, hampir semua pelajar yang ditemu bual menggambarkan kehidupan mereka sebagai “cukup-cukup makan”, dengan sebahagian besar mengakui melangkau sarapan, makan sekali sehari, atau menggabungkan dua hidangan demi berjimat.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author