Connect with us

Terkini

Susulan kematian klien di pusat pemulihan: Pegawai, petugas AADK dikenakan tindakan tatatertib

Published

on

Foto: Logo Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
  • Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) memaklumkan tindakan dikenakan Unit Integriti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) itu selaras prosedur dalaman agensi dan siasatan berhubung aduan kes berkenaan yang dilaksanakan mengikut subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].
  • Sehubungan itu, EAIC merujuk kepada Ketua Jabatan AADK bersama-sama cadangan penambahbaikan terhadap Perintah Tetap Ketua Pengarah AADK meliputi Bab D01 tentang proses kemasukan klien dan Bab D10 berkaitan pengurusan bilik rawatan, perubatan dan klinikal.
  • “Penambahbaikan ini bertujuan mengukuhkan pengurusan dan pemantauan kesihatan klien, termasuk aspek pengendalian dan pemberian ubat kepada klien yang dimasukkan ke pusat pemulihan,” menurut kenyataan EAIC.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengesahkan tindakan tatatertib telah diambil terhadap pegawai dan petugas Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) susulan insiden kematian klien di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Batu Kurau, Perak, pada 14 Mac lepas.

EAIC dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan yang dikenakan oleh Unit Integriti AADK itu selaras dengan prosedur dalaman agensi dan siasatan berhubung aduan kes berkenaan dilaksanakan mengikut subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

Sehubungan dengan itu, EAIC telah merujuk kepada Ketua Jabatan AADK bersama-sama cadangan penambahbaikan terhadap Perintah Tetap Ketua Pengarah AADK meliputi Bab D01 tentang proses kemasukan klien dan Bab D10 berkaitan pengurusan bilik rawatan, perubatan dan klinikal.

“Penambahbaikan ini bertujuan mengukuhkan pengurusan dan pemantauan kesihatan klien, termasuk aspek pengendalian dan pemberian ubat kepada klien yang dimasukkan ke pusat pemulihan,” menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya itu turut mengesyorkan pelaksanaan naziran menyeluruh di semua PUSPEN untuk memantau pelaksanaan tugasan, mengenal pasti isu operasi serta memastikan pematuhan berterusan terhadap prosedur operasi standard (SOP).

Selain itu, EAIC menggariskan keperluan meningkatkan latihan melibatkan SOP, garis panduan, dasar, arahan tetap serta tatacara perkhidmatan, penguatkuasaan dan operasi melalui pelaksanaan kursus serta kursus penyegaran secara berkala kepada semua petugas PUSPEN. – BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author