Connect with us

Terkini

Qatar, Ireland dakwa Israel guna senjata kimia terhadap rakyat Palestin

Published

on

Foto: Perdana Menteri Qatar, Mohammed bin Abdulrahman al-Thani.
  • Qatar dan Ireland menuntut agar Pertubuhan bagi Larangan Senjata Kimia (OPCW) menyiasat penggunaan senjata kimia oleh Israel di Gaza dan Tebing Barat. 
  • Qatar ialah negara anggota ketiga yang meminta siasatan terhadap tindakan Israel di Gaza, yang turut diminta oleh wakil Palestin dan disokong Ireland.

THE HAGUE – Qatar dan Ireland menuntut agar Pertubuhan bagi Larangan Senjata Kimia (OPCW) menyiasat penggunaan senjata kimia oleh Israel di Gaza dan Tebing Barat.

Qatar mendakwa Israel menggunakan senjata kimia dalam operasinya di Gaza, semasa penyertaannya dalam Persidangan Negara-Negara Pihak kepada Konvensyen Senjata Kimia ke-30 pada hari Rabu.

Persidangan itu diadakan di The Hague, Belanda.

Qatar ialah negara anggota ketiga yang meminta siasatan terhadap tindakan Israel di Gaza, yang turut diminta oleh wakil Palestin dan disokong Ireland.

“Ireland amat bimbang dengan laporan dari Negara Palestin mengenai penggunaan ejen kawalan rusuhan oleh Israel sebagai kaedah peperangan di Tebing Barat. 

“Kami mengambil maklum permintaan Negara Palestin agar Sekretariat Teknikal memantau keadaan dan menyiasat dakwaan penggunaan senjata kimia,” menurut kenyataan Ireland yang dipetik The Jerusalem Post

“Kami mengikuti dengan penuh kebimbangan akan terus merosotnya situasi kemanusiaan, khususnya di Semenanjung Gaza, di bawah sekatan berterusan dan pelanggaran gencatan senjata oleh Israel,” kata Mutlaq Majid al-Qahtani, duta Qatar ke Belanda. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author