Connect with us

Terkini

Malaysia dalam kelompok 30 negara dunia dengan rizab tertinggi – World Factbook

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Menurut laporan itu, 10 negara teratas dunia kini memegang lebih AS$9.4 trilion, iaitu 60 peratus daripada keseluruhan rizab global.
  • Malaysia, dengan rizab melebihi AS$116 bilion, terus menunjukkan kestabilan kewangan serantau, disokong oleh kawalan dasar monetari Bank Negara Malaysia (BNM) yang berhemat serta lebihan akaun semasa perdagangan yang kukuh.
  • Rizab bank pusat yang merangkumi pegangan mata wang asing, emas dan aset cair dianggap penting sebagai perisai kewangan negara bagi menghadapi ketidaktentuan ekonomi global, krisis kewangan dan kejutan geopolitik.

 

China kekal mendominasi kedudukan sebagai negara dengan rizab bank pusat tertinggi di dunia, dengan jumlah mencecah AS$3.46 trilion, menurut laporan The World Factbook bagi tahun 2024.

Di tangga kedua ialah Jepun dengan rizab AS$1.23 trilion, diikuti Amerika Syarikat sementara Malaysia turut tersenarai dalam 30 negara teratas dunia dengan rizab melebihi AS$116 bilion.

Rizab bank pusat  yang merangkumi pegangan mata wang asing, emas dan aset cair dianggap penting sebagai perisai kewangan negara bagi menghadapi ketidaktentuan ekonomi global, krisis kewangan dan kejutan geopolitik.

Menurut laporan itu, 10 negara teratas dunia kini memegang lebih AS$9.4 trilion, iaitu 60 peratus daripada keseluruhan rizab global.

Antara negara lain yang mencatat jumlah besar termasuk Switzerland (AS$909 bilion), India (AS$643 bilion), Rusia (AS$597 bilion), Arab Saudi (AS$463 bilion)  dan Singapura (AS$384 bilion).

Bagi China, jumlah rizab luar yang tinggi berpunca daripada lebihan dagangan berterusan serta campur tangan Bank Rakyat China (PBC) di pasaran pertukaran asing bagi mengelak kenaikan mendadak nilai yuan.

Menurut The Economics Review, strategi ini disertai dasar “sterilization”, iaitu langkah dasar monetari ketat bagi mengimbangi tekanan inflasi akibat peningkatan bekalan wang.

Jepun pula mengekalkan rizab besar hasil campur tangan pasaran bagi menstabilkan Yen, sementara Amerika Syarikat memperkukuh kedudukan rizabnya melalui aset emas dan Dolar yang kekal menjadi mata wang simpanan global utama.

Malaysia, dengan rizab melebihi AS$116 bilion, terus menunjukkan kestabilan kewangan serantau, disokong oleh kawalan dasar monetari Bank Negara Malaysia (BNM) yang berhemat serta lebihan akaun semasa perdagangan yang kukuh.

Penganalisis menjelaskan bahawa saiz rizab yang mencukupi memberi keyakinan kepada pelabur luar dan membantu mengekalkan kestabilan nilai ringgit, khususnya dalam menghadapi turun naik kadar faedah global dan ketegangan geopolitik Asia Timur.

Laporan The World Factbook menegaskan bahawa rizab bank pusat bukan sekadar penunjuk kekayaan sesebuah negara, tetapi juga cerminan daya tahan ekonomi dan keupayaan menghadapi kejutan kewangan global.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author