Terkini
Lebih RM1 bilion aset 1MDB dipulangkan kepada Malaysia baru-baru ini – PM
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, berkata proses pemulangan aset serta dana IMDB masih diteruskan oleh jawatankuasa khas yang dipertanggungjawabkan termasuk kes di Switzerland dan London, United Kingdom.
- “IMDB ini pada peringkat akhir, masih ada kemasukan baru-baru ini. Saya tidak dapat teka berapa jumlahnya tetapi mencecah lebih RMl bilion tambahan daripada dahulu.
- “Proses ini (mengembalikan wang negara) masih diteruskan di Switzerland, di London dan ada jawatankuasa khas yang dipertanggungjawabkan..,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha Kerajaan Malaysia memulihkan aset IMalaysia Development Berhad (IMDB) menunjukkan perkembangan positif apabila lebih RMl bilion dana dipulangkan ke dalam negara baru-baru ini.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata proses pemulangan aset serta dana IMDB masih diteruskan oleh jawatankuasa khas yang dipertanggungjawabkan termasuk kes di Switzerland dan London, United Kingdom.
“IMDB ini pada peringkat akhir, masih ada kemasukan baru-baru ini. Saya tidak dapat teka berapa jumlahnya tetapi mencecah lebih RMl bilion tambahan daripada dahulu.
“Proses ini (mengembalikan wang negara) masih diteruskan di Switzerland, di London dan ada jawatankuasa khas yang dipertanggungjawabkan..,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) berhubung jumlah terkini dana IMDB yang telah dipulangkan kepada Malaysia.
Perdana Menteri berkata selain IMDB, kerajaan juga memberi tumpuan kepada usaha menumpaskan penyelewengan serta sindiket jenayah telekomunikasi, jenayah e-kewangan, e-dagang, pinjaman dan pelaburan tidak wujud selain penipuan cinta.
Pada Oktober lepas, kerajaan dan IMDB memaklumkan telah mencapai penyelesaian dengan tiga institusi kewangan iaitu Goldman Sachs berjumlah USD3.9 bilion (RM16.48 billion), AmBank Group (RM2.83 bilion) dan JP Morgan (Switzerland) Ltd sebanyak RM1.4 bilion. – BERNAMA