Connect with us

Terkini

Lebih 250 pengamal media hadir  Malam Media KPKT

Published

on

Foto: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
  • Acara kali ketiga itu dirasmikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
  • “Komunikasi masa kini menuntut sikap tanggungjawab dan kebijaksanaan yang lebih tinggi. Kita perlu memastikan ketepatan dan keseimbangan agar integriti komunikasi sentiasa terpelihara,” jelasnya.

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meraikan lebih 250 pengamal media dari seluruh negara dalam Anugerah Kecemerlangan Media Tahun 2025 (AkeMedia 2025) yang berlangsung di Pavilion Hotel, Kuala Lumpur.

Acara kali ketiga itu dirasmikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Penganjuran edisi 2025 ini memberi penghormatan serta pengiktirafan terhadap peranan signifikan pengamal media dalam menyokong dasar, inisiatif serta agenda KPKT selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Dalam ucapannya, YB Nga Kor Ming menegaskan bahawa penyampaian maklumat dalam era kini menuntut ketepatan, keseimbangan dan integriti, bukan sekadar kepantasan melaporkan berita.

“Komunikasi masa kini menuntut sikap tanggungjawab dan kebijaksanaan yang lebih tinggi. Kita perlu memastikan ketepatan dan keseimbangan agar integriti komunikasi sentiasa terpelihara,” jelasnya.

Beliau turut menyatakan bahawa di bawah pimpinan YAB PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim, imej Malaysia semakin dipandang tinggi di pentas antarabangsa, termasuk peningkatan kedudukan daya saing negara dari tangga ke-34 kepada ke-23 serta prestasi Ringgit sebagai antara mata wang terbaik Asia.

YB Nga menambah bahawa hubungan erat antara KPKT dan media mampu mewujudkan ekosistem komunikasi strategik yang memberi manfaat besar kepada rakyat dan negara.

AkeMedia 2025 menerima 243 penyertaan daripada 57 organisasi media termasuk media kerajaan, media tempatan dan media baharu.

RTM mencatat jumlah penyertaan tertinggi dengan 40 hasil karya dalam pelbagai kategori.

Proses penjurian dilaksanakan secara telus dengan kerjasama Malaysia Press Institute (MPI). -The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author