Connect with us

Terkini

Episod hitam royalti: Terengganu dakwa hanya dibenar urus 50 peratus dana

Published

on

Foto: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

Episod hitam royalti: Terengganu dakwa hanya dibenar urus 50 peratus dana

  • Dalam hantaran di Facebook Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata sejak 2023 hingga 2025, kerajaan negeri hanya dibenarkan mengurus sekitar 50 peratus daripada jumlah keseluruhan royalti, berbeza dengan amalan terdahulu di mana bayaran dibuat dua kali setahun seperti termaktub dalam persetujuan antara kedua-dua pihak sebelum ini.
  • Isu pengurusan royalti petroleum sejak PRK November 2022 dilihat sebagai satu “episod hitam” yang mencalar hak rakyat negeri itu.

KUALA TERENGGANU — Kerajaan Negeri Terengganu menyifatkan isu pengurusan royalti petroleum sejak Pilihan Raya Kecil (PRK) November 2022 sebagai satu “episod hitam” yang mencalar hak rakyat negeri itu, apabila kaedah pengagihannya didakwa tidak adil dan tidak selari dengan perjanjian asal.

Dalam hantaran di Facebook Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata sejak 2023 hingga 2025, kerajaan negeri hanya dibenarkan mengurus sekitar 50 peratus daripada jumlah keseluruhan royalti, berbeza dengan amalan terdahulu di mana bayaran dibuat dua kali setahun seperti termaktub dalam persetujuan antara kedua-dua pihak sebelum ini.

Kerajaan Negeri mendakwa perubahan kaedah tersebut bukan sahaja menjejaskan keupayaan perancangan jangka panjang, malah menyebabkan kesukaran dalam melaksanakan pembangunan strategik yang melibatkan kepentingan rakyat secara langsung.

Mereka menyifatkan keadaan itu sebagai satu perubahan unilateral yang memberi kesan besar kepada aliran perbelanjaan negeri.

Kerajaan Negeri menegaskan bahawa perjuangan menuntut pemulihan mekanisme asal pembayaran royalti akan diteruskan bagi memastikan hak rakyat Terengganu dikembalikan sebagaimana amalan sebelum 20 November 2022, demi kepastian perancangan negeri dan kelangsungan pembangunan.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author