Connect with us

Terkini

Co-Teaching bukan baharu, Pelaksanaan perlu telus dan tidak dimanipulasi – Mohd Fadli

Published

on

Foto: Pempengaruh pendidikan, Mohd Fadli Salleh

 

  • Menurut pempengaruh pendidikan, Mohd Fadli Salleh, konsep co-teaching bukanlah sesuatu yang baharu kerana kaedah itu pernah diamalkan dalam program J-QAF, di mana dua hingga tiga orang guru mengajar dalam satu sesi, terutama bagi kelas bersaiz besar.
  • Namun katanya, pelaksanaan sebelum ini menunjukkan terdapat kelemahan dari segi disiplin dan pengurusan jadual guru.
  • “Ada guru berpakat untuk kurangkan jadual mereka. Sepatutnya masuk berdua, tapi mereka ganti-gantikan giliran. Seorang masuk kelas, seorang lagi rehat,” tulisnya di Facebook.

 

KUALA LUMPUR — Pempengaruh pendidikan, Mohd Fadli Salleh, menzahirkan kebimbangan terhadap pelaksanaan kaedah pengajaran berpasukan (co-teaching) yang bakal diperkenalkan dalam Kurikulum Persekolahan 2027, khususnya apabila melibatkan penggabungan pelbagai subjek dalam satu sesi pembelajaran.

Menurut beliau, konsep co-teaching bukanlah sesuatu yang Baharu kerana kaedah itu pernah diamalkan dalam program J-QAF, di mana dua hingga tiga orang guru mengajar dalam satu sesi, terutama bagi kelas bersaiz besar.

Namun katanya, pelaksanaan sebelum ini menunjukkan terdapat kelemahan dari segi disiplin dan pengurusan jadual guru.

“Ada guru berpakat untuk kurangkan jadual mereka. Sepatutnya masuk berdua, tapi mereka ganti-gantikan giliran. Seorang masuk kelas, seorang lagi rehat,” tulisnya di Facebook.

Beliau menjelaskan bahawa walaupun isu itu tidak berlaku secara menyeluruh, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu memastikan pelaksanaan kaedah berpasukan ini tidak dimanipulasi apabila kurikulum baharu dilaksanakan pada 2027.

Dalam hantaran sama, Mohd Fadli turut mempersoalkan keberkesanan pendekatan baharu yang menggabungkan pelbagai disiplin ilmu (atau “rojak subjek”) di bawah satu sesi pengajaran.

Menurutnya, situasi ini berbeza dengan amalan terdahulu kerana sebelum ini guru mengajar subjek yang sama secara berpasukan.

“Bila rojak subjek, akan timbul isu, siapa kuasai papan putih, bagaimana agihan masa, dan murid boleh jadi keliru,” katanya.

Mohd Fadli turut menyatakan bahawa kenyataan berhubung dua subjek berbeza itu disebut sendiri oleh menteri, namun beliau berpandangan bahawa terdapat kekeliruan terhadap konsep sebenar co-teaching, dan berharap pelaksanaan sebenar nanti dapat memperincikan peranan guru dengan lebih jelas. -The Merdeka Times

 

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author