Connect with us

Terkini

Afdlin Shauki gesa henti penggabungan Sunway–IJM, Dakwa jejas pegangan rakyat dan bumiputera

Published

on

Foto: Ketua Cabang PKR Setiawangsa, Datuk Afdlin Shauki
  • Afdlin menjelaskan bahawa IJM Corporation Berhad bukan syarikat biasa kerana ia dimiliki sebahagian besarnya oleh rakyat Malaysia melalui institusi pelaburan utama seperti KWSP (18.04%), PNB (14.55%), serta KWAP, Tabung Haji, Amanah Raya dan ASB.
  • Katanya, jika penggabungan itu diluluskan, pegangan Bumiputera dijangka jatuh di bawah 25 peratus, sekali gus mengurangkan kuasa rakyat terhadap syarikat tersebut.
  • Beliau turut memberi amaran bahawa penguasaan besar oleh konglomerat seperti Sunway Group, milik Tan Sri Jeffrey Cheah, boleh mencipta dominasi luar biasa dalam sektor pembinaan dan infrastruktur negara.

 

KUALA LUMPUR – Ketua Cabang PKR Setiawangsa, Datuk Afdlin Shauki, membangkitkan kebimbangan terhadap cadangan penggabungan dua syarikat besar tempatan, Sunway Berhad dan IJM Corporation Berhad, yang menurutnya boleh menjejaskan kepentingan rakyat serta melemahkan pegangan institusi pelaburan awam dalam ekonomi negara.

Beliau berkata, di sebalik bahasa korporat seperti “sinergi” dan angka berbilion ringgit, cadangan itu menimbulkan persoalan sama ada penggabungan tersebut benar-benar akan memberi manfaat kepada rakyat atau sekadar menguntungkan segelintir golongan maha kaya.

Menurutnya, isu ini bukan sekadar hal perniagaan, tetapi melibatkan masa depan ekonomi negara yang dibina atas dana rakyat.

Afdlin menjelaskan bahawa IJM Corporation Berhad bukan syarikat biasa kerana ia dimiliki sebahagian besarnya oleh rakyat Malaysia melalui institusi pelaburan utama seperti KWSP (18.04%), PNB (14.55%), serta KWAP, Tabung Haji, Amanah Raya dan ASB.

Katanya, jika penggabungan itu diluluskan, pegangan Bumiputera dijangka jatuh di bawah 25 peratus, sekali gus mengurangkan kuasa rakyat terhadap syarikat tersebut.

Beliau turut memberi amaran bahawa penguasaan besar oleh konglomerat seperti Sunway Group, milik Tan Sri Jeffrey Cheah, boleh mencipta dominasi luar biasa dalam sektor pembinaan dan infrastruktur negara.

Ini, katanya, akan memberi kesan langsung kepada kontraktor kecil, vendor tempatan dan syarikat Bumiputera yang mungkin hilang peluang bersaing secara adil dalam pasaran.

“Apabila satu kumpulan menguasai terlalu banyak, pasaran jadi tidak seimbang. Yang tinggal hanyalah serpihan peluang untuk orang bawah,” katanya sambil merujuk pengalaman lalu seperti perjanjian IPP YTL Power, yang pernah menyebabkan rakyat menanggung bil elektrik tinggi akibat monopoli dan perjanjian berat sebelah.

Menurut Afdlin, kejadian seperti cubaan penggabungan UEM Sunrise dan EcoWorld beberapa tahun lalu membuktikan bahawa suara rakyat mampu mempengaruhi keputusan besar.

Penggabungan itu akhirnya dibatalkan selepas mendapat tekanan awam, menandakan kepentingan suara rakyat dalam memastikan ketelusan ekonomi.

Beliau turut mempersoalkan sikap pasif institusi pelaburan utama seperti KWSP, PNB dan Tabung Haji, yang disifatkannya sebagai “penjaga amanah rakyat.”

Katanya, jika mereka bersetuju dengan penggabungan tanpa menuntut jaminan bagi kepentingan rakyat, ia boleh dianggap sebagai pengkhianatan terhadap amanah yang dipikul.

Afdlin turut mengingatkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan agar syarikat berkaitan kerajaan (GLIC) tidak menjual aset strategik rakyat kepada golongan kaya.

Beliau menyeru kerajaan supaya meneliti dan menilai semula cadangan penggabungan ini agar tidak melemahkan ekonomi Bumiputera dan meminggirkan rakyat biasa.

“Ini bukan soal politik, ini soal masa depan. Ia melibatkan duit caruman KWSP, pelaburan ASB, dan simpanan Tabung Haji rakyat. Kalau kita terus diam, generasi akan datang hanya mampu berkata, dulu syarikat itu milik kita, sekarang sudah jadi milik mereka,” katanya dalam kenyataan di Facebook.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author