Connect with us

Terkini

MCA tempelak Menteri DAP: Dahulu tuntut kebebasan media, Kini tekan wartawan

Published

on

Foto: Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong

 

  • “Dahulu sebelum mendapat kuasa, kamu juga yang berguling-guling di atas jalan raya mendesak kerajaan mengamalkan kebebasan media dan kebebasan bersuara. Sekarang apabila sudah berkuasa, kamu mengamalkan dasar intimidasi dan menekan suara-suara yang mungkin tidak sealiran dengan anda,” – Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong

 

KUALA LUMPUR — Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong, mengecam tindakan seorang Menteri DAP yang didakwa menghina serta mengugut wartawan Utusan Malaysia, menyifatkannya sebagai perbuatan tidak beradab dan bertentangan dengan semangat Kerajaan Madani yang menekankan keterbukaan serta kebertanggungjawaban.

“Dahulu sebelum mendapat kuasa, kamu juga yang berguling-guling di atas jalan raya mendesak kerajaan mengamalkan kebebasan media dan kebebasan bersuara.

“Sekarang apabila sudah berkuasa, kamu mengamalkan dasar intimidasi dan menekan suara-suara yang mungkin tidak sealiran dengan anda,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Menurut beliau, tindakan menghina dan mengugut wartawan bukan sahaja tidak wajar, malah mencemar nilai profesionalisme seorang pemimpin yang sepatutnya menghormati peranan media sebagai rakan semak dan imbang terhadap kerajaan.

“Wartawan hanya menjalankan tanggungjawab profesional untuk mendapatkan penjelasan berhubung isu awam, bukan untuk menyerang mana-mana pihak,” ujarnya.

Neow menegaskan bahawa kebebasan bertanya adalah asas kepada demokrasi matang, dan seorang pemimpin berjiwa besar tidak akan gentar terhadap soalan media kerana kebenaran tidak memerlukan ugutan untuk dipertahankan.

Beliau turut menyeru agar pemimpin kerajaan menunjukkan ketenangan, kebijaksanaan dan rasa hormat terhadap pengamal media, selaras dengan prinsip keterbukaan yang sering dilaungkan oleh kerajaan hari ini.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author