Connect with us

Terkini

Lebih 9,000 individu guna PrEP di Malaysia, majoriti Kuala Lumpur dan Putrajaya

Published

on

Foto: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

 

  • Majoriti pengguna PrEP berasal dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sebanyak 2,679 orang (28 peratus), diikuti Selangor (23 peratus) dan Johor (12 peratus).
  • Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata jumlah kos perbelanjaan bagi pelaksanaan projek PrEP ialah RM1.7 juta, meliputi tempoh Januari 2023 hingga 30 Jun 2025, khusus untuk pembelian ubat.

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan seramai 9,309 individu telah mengambil Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) sehingga Jun 2025, dengan majoriti pengguna berasal dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sebanyak 2,679 orang (28 peratus), diikuti Selangor (23 peratus) dan Johor (12 peratus).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata jumlah kos perbelanjaan bagi pelaksanaan projek PrEP ialah RM1.7 juta, meliputi tempoh Januari 2023 hingga 30 Jun 2025, khusus untuk pembelian ubat.

“Perbelanjaan ini dibiayai melalui sumbangan Majlis AIDS Malaysia (MAM) menggunakan dana Global Fund kepada Bahagian Kawalan Penyakit KKM. Ia juga dilaksanakan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.7.2.5 berkaitan garis panduan pemberian dan penerimaan hadiah dalam perkhidmatan awam,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Dr Alias Razak (PN–Kuala Nerus) yang meminta penjelasan mengenai jumlah kos sebenar yang telah dibelanjakan bagi pelaksanaan program PrEP setakat ini, anggaran kos tahunan, serta statistik pengguna PrEP dalam kalangan pengamal aktiviti seksual songsang dari 2023 hingga 2025 mengikut negeri.

Dr Dzulkefly menjelaskan bahawa program PrEP telah diluluskan sebagai sebahagian daripada inisiatif pencegahan HIV di semua fasiliti kesihatan kerajaan mulai tahun 2025.

Katanya lagi, The Global Fund telah bersetuju untuk meneruskan pembiayaan pembelian ubat PrEP di fasiliti kerajaan yang menyediakan perkhidmatan tersebut, melibatkan 35 klinik kesihatan di seluruh negara sehingga Disember 2025.

“Peruntukan yang diperlukan bagi meneruskan program PrEP untuk tahun 2026 dianggarkan sebanyak RM5.41 juta, termasuk bekalan ubat dan ujian makmal bagi menampung anggaran 21,136 pengguna PrEP,” ujarnya.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author