Connect with us

Terkini

Banyak alternatif halal ganti arak tanpa jejas nilai eksklusiviti majlis

Published

on

Foto: Dekan Pusat Pengajian Siswazah Kerajaan Ghazali Shafie (GSGSG), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Rusdi Omar

 

  • Menurut Dekan Pusat Pengajian Siswazah Kerajaan Ghazali Shafie (GSGSG), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Rusdi Omar. majlis-majlis keramaian yang berjaya dan berkesan tidak bergantung kepada kehadiran arak, sebaliknya bergantung kepada kualiti perancangan, hospitaliti serta keikhlasan tuan rumah
  • “Majlis-majlis keramaian yang berjaya dan berkesan tidak bergantung kepada kehadiran arak, tetapi kepada kualiti perancangan, hospitaliti, dan keikhlasan tuan rumah itu sendiri. Malah jika dilihat, semakin ramai penganjur majlis kini memilih untuk mengadakan acara tanpa alkohol namun ia tetap nampak mewah, eksklusif dan dihormati,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times hari

 

KUALA LUMPURTerdapat banyak alternatif halal yang boleh menggantikan arak dalam majlis tanpa mengurangkan nilai eksklusiviti atau kemewahan acara tersebut, kata Dekan Pusat Pengajian Siswazah Kerajaan Ghazali Shafie (GSGSG), Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Rusdi Omar.

Menurut beliau, majlis-majlis keramaian yang berjaya dan berkesan tidak bergantung kepada kehadiran arak, sebaliknya bergantung kepada kualiti perancangan, hospitaliti serta keikhlasan tuan rumah.

“Majlis-majlis keramaian yang berjaya dan berkesan tidak bergantung kepada kehadiran arak, tetapi kepada kualiti perancangan, hospitaliti, dan keikhlasan tuan rumah itu sendiri.

“Malah jika dilihat, semakin ramai penganjur majlis kini memilih untuk mengadakan acara tanpa alkohol namun ia tetap nampak mewah, eksklusif dan dihormati,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas persepsi bahawa arak dianggap simbol kemewahan dalam majlis-majlis rasmi atau sosial, sedangkan ia bukan satu keperluan dalam konteks masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Menurutnya, Malaysia sebagai sebuah negara majmuk dengan Islam sebagai agama Persekutuan perlu sentiasa mengekalkan keseimbangan antara prinsip Islam dan penghormatan terhadap kepelbagaian agama lain.

“Malaysia adalah sebuah negara yang unik dengan kepelbagaian agama dan budaya. Walaupun Islam adalah agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, negara juga menjamin kebebasan beragama di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam majlis-majlis rasmi, kerajaan sering mengambil pendekatan yang mengambil kira kepelbagaian ini dengan menyediakan pilihan minuman yang sesuai untuk tetamu dari pelbagai latar belakang, termasuk pilihan tanpa alkohol yang semakin popular,” katanya.

Tambah beliau, kehadiran sesuatu pilihan tidak bermaksud ia wajib atau digalakkan penggunaannya, sebaliknya kerajaan sentiasa berusaha menyeimbangkan antara penghormatan terhadap Islam dan keharmonian masyarakat berbilang kaum serta agama.

Mengulas lanjut, Prof. Rusdi berkata masyarakat Malaysia secara umumnya amat menghormati nilai serta sensitiviti agama masing-masing, namun cabaran dalam mencari keseimbangan tetap wujud.

“Isu ini bukan tentang kekurangan hormat, tetapi lebih kepada proses pembelajaran dan dialog berterusan antara semua pihak. Dialog terbuka, pendidikan dan saling memahami adalah kunci untuk terus memperkukuh persefahaman ini,” katanya.

Beliau turut menegaskan keperluan untuk mengelakkan sikap menyalahkan mana-mana pihak serta menyeru semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama agar saling memahami demi keharmonian masyarakat.

Terdahulu, tular gambar memaparkan minuman keras dihidangkan pada majlis makan malam sempena program Global Travel Meet yang dihadiri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing. — The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author