Connect with us

Terkini

Umany tuntut mansuh Matrikulasi, Ketua Pemuda UMNO bidas cadangan

Published

on

Foto: Ketua Pemuda UMNO, Muhamad Akmal (kiri) dan Presiden Umany, Tang Yi Ze (kanan)
  • Presiden Umany, Tang Yi Ze, berkata silibus STPM terbukti lebih baik, lebih mencabar serta mendapat pengiktirafan antarabangsa termasuk daripada universiti terkemuka dunia.
  • “Kalau nak mansuh matrikulasi untuk jadikan STPM syarat tunggal masuk universiti maka kamu bersetuju atau tidak untuk mansuhkan sekolah jenis kebangsaan dan jadikan sekolah hanya ada satu aliran sahaja? Kalau tidak bersetuju, jangan sembang nak mansuhkan matrikulasi pula,” – Ketua Pemuda UMNO, Muhamad Akmal

 

KUALA LUMPUR – Susulan tuntutan Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) yang hari ini mendesak supaya program matrikulasi dimansuhkan dan silibus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dijadikan piawaian tunggal kemasukan ke universiti awam (UA), isu ini terus mencetuskan polemik apabila dibidas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Presiden Umany, Tang Yi Ze, berkata silibus STPM terbukti lebih baik, lebih mencabar serta mendapat pengiktirafan antarabangsa termasuk daripada universiti terkemuka dunia.

“Umany telah menyerahkan tuntutan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhubung ketidakadilan dalam sistem UPU. Kami menerima aduan seorang pelajar dengan PNGK 4.0 dan markah kokurikulum 9.45, tetapi hanya ditawarkan pilihan kelapan, manakala tiga pilihan utama langsung tidak dipertimbangkan.

“Ini jelas satu bentuk peminggiran sistematik terhadap pelajar STPM,” katanya selepas menyerahkan dokumen aduan kepada wakil KPT di Putrajaya.

Namun, cadangan itu segera mendapat reaksi balas daripada Ketua Pemuda UMNO.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Dr. Muhamad Akmal mempersoalkan sama ada pihak yang menyokong cadangan tersebut juga bersetuju untuk memansuhkan sekolah jenis kebangsaan dan mengekalkan hanya satu aliran persekolahan di Malaysia.

“Kalau nak mansuh matrikulasi untuk jadikan STPM syarat tunggal masuk universiti maka kamu bersetuju atau tidak untuk mansuhkan sekolah jenis kebangsaan dan jadikan sekolah hanya ada satu aliran sahaja? Kalau tidak bersetuju, jangan sembang nak mansuhkan matrikulasi pula,” katanya. -The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author