Connect with us

Terkini

Pendidikan Sejarah lemah, Buka ruang ideologi asing menular di Malaysia – Rais Yatim

Published

on

Foto: Tan Sri Dr Rais Yatim

 

KUALA LUMPUR – Tan Sri Dr Rais Yatim menegaskan kelemahan sistem pendidikan sejarah di Malaysia berisiko membuka ruang kepada pengaruh ideologi asing, termasuk komunisme, untuk menjalar dalam masyarakat khususnya generasi muda.

Dalam temu bual eksklusif bersama Finaz Yunus dalam program Analisis terbitan The Merdeka Times, beliau berkata Malaysia sejak awal merdeka kurang berani melakukan perubahan dasar pendidikan, khususnya berkaitan aliran sekolah vernakular.

“Kesilapan kita dulu, termasuk ketika saya berkhidmat dalam kabinet, ialah kita tidak berani mengubah dasar Tun Razak pada tahun 1957 dan 1968 yang membenarkan kewujudan sekolah jurusan kebangsaan dan SRJKC serta SRJKT.

“Akibatnya, sistem ini berjalan sendiri tanpa kawalan penuh kementerian,” katanya.

Menurut Rais, keadaan itu membolehkan lahirnya Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang pada mulanya tidak diiktiraf, tetapi kini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

“UEC sekarang sudah jadi sistem lebih cemerlang kepada sebagian besar masyarakat itu… SPM pula makin ditinggalkan,” ujarnya.

Beliau menegaskan perkembangan ini menjejaskan kedudukan bahasa kebangsaan dan mengubah keutamaan majikan yang kini lebih menitikberatkan penguasaan bahasa Inggeris dan Mandarin berbanding Bahasa Melayu.

“Kenapa ini dibiarkan? Sekarang cepat sangat naiknya UEC, sudah mengatasi SPM. Kalau dibiarkan, sejarah negara juga akan terpinggir.

“Kita sudah lihat bagaimana di Singapura sejarah mereka diubah, tidak lagi menyebut Sang Nila Utama, sebaliknya terus kepada Raffles. Hal sebegini mengecewakan,” katanya.

Justeru, Rais menegaskan perlunya tindakan segera dan tegas daripada pihak berkuasa.

“Bagaimana nak atasi? Mesti dengan tenaga politik yang jujur. Wujudkah? Saya tak nampak lagi. Rakyat harus bangkit, terutama orang Melayu. Ini negeri kita,” tegas beliau. -The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author