Connect with us

Terkini

Malaysia bukan pusat operasi Hamas – KPN

Published

on

Foto: Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail
  • Perjuangan rakyat Palestin merupakan isu yang sangat dekat dengan hati masyarakat Islam di negara ini, namun Malaysia masih mempunyai hubungan baik dengan AS serta negara lain.
  • PDRM sentiasa mengadakan kerjasama serta pertukaran maklumat dengan pihak luar untuk memastikan keselamatan dan tindakan berkesan pada masa akan datang.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan bekas penganalisis kewangan keganasan di Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Jonathan Schanzer bahawa Malaysia menjadi pusat operasi Hamas.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata perjuangan rakyat Palestin merupakan isu yang sangat dekat dengan hati masyarakat Islam di negara ini, namun Malaysia masih mempunyai hubungan baik dengan AS serta negara lain.

“Ada rakyat negara asing berada dekat dengan kita terutama sekali Palestin, Syria dan sebagainya yang menuntut di pusat pengajian tinggi kita dan mungkin keprihatinan rakyat kita ini disalahertikan oleh pihak lain,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, Schanzer menerusi akaun media sosialnya menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berminat dengan perdamaian antara Palestin dan Israel.

Sementara itu, Mohd Khalid berkata PDRM sentiasa mengadakan kerjasama serta pertukaran maklumat dengan pihak luar untuk memastikan keselamatan dan tindakan berkesan pada masa akan datang.

Mengenai tahap kawalan keselamatan negara termasuk di sempadan, beliau berkata ia berada pada tahap optimum hasil kerjasama erat antara agensi kerajaan seperti Jabatan Imigresen, Kastam Diraja Malaysia serta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia.

“Kita sentiasa berhubung antara satu sama lain, berkongsi maklumat dan tindakan bersama dalam menangani isu-isu yang berdekatan dengan sempadan,” katanya. – BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author