Connect with us

Terkini

Kerajaan Selangor lulus tanah baharu untuk SMPC Pin Hwa, Dong Zong puji dasar terbuka

Published

on

Foto: Tangkap layar hantar Facebook Rafizah Cian Lin.
  • Laporan media China Press yang diterjemahkan pengguna Facebook, Rafizah Cian Lin itu turut menyatakan antara keputusan utama ialah kelulusan pemberian tanah baharu untuk membina cawangan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) Pin Hwa, Klang sesuatu yang disifatkan Pengerusi Dong Zong Tan Yew Sing sebagai “jarang berlaku” di negara ini.
  • “Pemberian tanah kerajaan negeri untuk SMPC Pin Hwa adalah sesuatu yang amat dihargai. Ia membuktikan komitmen Menteri Besar menunaikan janji serta keprihatinan kerajaan negeri terhadap pendidikan pelbagai aliran,” katanya.

 

KUALA LUMPUR – Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang diketuai Pengerusinya, Tan Yew Sing, mengadakan lawatan rasmi bersejarah bertemu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, sekali gus mencapai beberapa persetujuan penting berkaitan pendidikan Cina di negeri itu.

Laporan media China Press yang diterjemahkan pengguna Facebook, Rafizah Cian Lin itu turut menyatakan pertemuan selama satu jam di kediaman rasmi Menteri Besar, hasil usaha Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ng Sze Han, berlangsung dalam suasana mesra dan produktif.

Antara keputusan utama ialah kelulusan pemberian tanah baharu untuk membina cawangan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) Pin Hwa, Klang sesuatu yang disifatkan Tan Yew Sing sebagai “jarang berlaku” di negara ini.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Rafizah Cian Lin.

“Pemberian tanah kerajaan negeri untuk SMPC Pin Hwa adalah sesuatu yang amat dihargai. Ia membuktikan komitmen Menteri Besar menunaikan janji serta keprihatinan kerajaan negeri terhadap pendidikan pelbagai aliran,” katanya.

Selain itu, Dong Zong turut mengemukakan permohonan pengecualian cukai tanah bagi bangunan pendidikan di Kajang untuk tahun 2024.

Amirudin memberi jaminan akan mempertimbangkan dan meluluskan permohonan tersebut dalam masa terdekat bagi meringankan beban kewangan sekolah-sekolah Cina.

Menurut Tan Yew Sing lagi, peruntukan pendidikan tahunan daripada kerajaan negeri Selangor disalurkan secara sistematik tanpa perlu diingatkan.

Dana tersebut terus dimasukkan ke akaun sekolah-sekolah, menjadikan Selangor contoh terbaik dalam memastikan semua aliran pendidikan mendapat manfaat secara adil.

Ng Sze Han pula menyifatkan pertemuan itu sebagai signifikan dalam lipatan sejarah, kerana ia merupakan lawatan rasmi pertama Dong Zong ke kediaman Menteri Besar Selangor dan menunjukkan kesediaan kerajaan negeri untuk berdialog secara terbuka.

Dalam pertemuan tersebut, Amirudin turut mengumumkan beberapa khabar gembira, termasuk kebenaran kepada lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Selangor (UNISEL) serta diterima bekerja di syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

Bagi memupuk persefahaman antara pelajar berbilang kaum, kerajaan negeri mencadangkan penganjuran “Kem Perpaduan” melibatkan penyertaan pelajar sekolah rendah dan menengah dari pelbagai aliran.

Cadangan itu disambut baik oleh Dong Zong yang berjanji memberikan sokongan penuh terhadap inisiatif berkenaan.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author