Connect with us

Terkini

“Kami mahu projek siap, Bukan sabotaj” –  Pemilik Rumah di Kampung Sungai Baru

Published

on

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Ishaq Marazi.
  • Dalam hantaran di Facebook, Ishaq menegaskan bahawa majoriti pemilik telah bersetuju dengan projek tersebut sejak beberapa tahun lalu.
  • Namun beliau kecewa apabila terdapat usaha yang didakwanya cuba menggagalkan projek ini, termasuk provokasi oleh pihak tertentu yang menghasut pemilik rumah teres untuk tidak berganjak.
  • “Kalau ikhlas berjuang untuk orang Melayu, sepatutnya desak pemaju siapkan projek ini dengan cepat, bukan sabotaj. Sekarang ramai penduduk, termasuk pakcik dan makcik, sudah lama menunggu di rumah transit,” katanya lagi.

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik rumah di Kampung Sungai Baru, Ishaq Marazi, tampil memberikan pandangan berhubung polemik pembangunan semula kawasan itu yang kini mencetuskan ketegangan antara penduduk, pihak berkuasa dan pemaju.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Ishaq Marazi

Dalam hantaran di Facebook, Ishaq menegaskan bahawa majoriti pemilik telah bersetuju dengan projek tersebut sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, daripada 329 pemilik hartanah, sekitar 70 peratus telah menandatangani persetujuan antara 2018 hingga 2019, manakala proses pengambilan tanah oleh kerajaan melalui Akta Pengambilan Tanah 1960 bermula pada 2021.

“Ramai pemilik termasuk golongan profesional seperti peguam dan jurutera sudah bersetuju. Saya sendiri pemilik ke-230 yang menandatangani persetujuan selepas melihat majoriti penduduk menyokong,” katanya.

Beliau turut mengimbau bahawa hasrat pembangunan semula itu mula dibincangkan sejak 2016, selepas kejayaan projek Kerinchi Residence yang menggantikan Flat Kerinchi lama.

Menurutnya, walaupun beliau memiliki rumah jenis teres, beliau tetap bersetuju demi manfaat jangka panjang penduduk lain.

Ishaq mendakwa cadangan projek baharu itu menjanjikan setiap pemilik dua unit kondominium, satu untuk didiami dan satu lagi boleh dijadikan sumber sewaan. Katanya, potensi pulangan sewa mampu mencecah antara RM4,000 hingga RM6,000 sebulan, berbanding flat lama yang hanya sekitar RM800 hingga RM1,200.

Namun beliau kecewa apabila terdapat usaha yang didakwanya cuba menggagalkan projek ini, termasuk provokasi oleh pihak tertentu yang menghasut pemilik rumah teres untuk tidak berganjak.

“Kalau ikhlas berjuang untuk orang Melayu, sepatutnya desak pemaju siapkan projek ini dengan cepat, bukan sabotaj. Sekarang ramai penduduk, termasuk pakcik dan makcik, sudah lama menunggu di rumah transit,” katanya lagi.

Ishaq menegaskan bahawa projek ini tidak mungkin dibatalkan kerana sebahagian besar rumah dan flat telah pun dirobohkan, sambil menyeru semua pihak memberi tumpuan memastikan pemaju menunaikan janji kepada penduduk.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author