Connect with us

Terkini

Isu mansuh program matrikulasi: Polis rakam keterangan Presiden UMANY

Published

on

Foto: Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail
  • Rakaman keterangan itu dilakukan susulan terdapat 14 laporan yang diterima oleh pihaknya berhubung isu berkenaan.
  • Rakaman keterangan terhadap individu berkenaan adalah prosedur biasa siasatan dan tidak ada sebarang penahanan akan dilakukan pada hari ini buat masa ini.

KUALA LUMPUR – Polis hari ini merakam keterangan Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) Tang Yi Ze berhubung kenyataan beliau yang menggesa agar program matrikulasi dimansuhkan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata rakaman keterangan itu dilakukan susulan terdapat 14 laporan yang diterima oleh pihaknya berhubung isu berkenaan.

“Rakaman keterangan terhadap individu berkenaan adalah prosedur biasa siasatan dan tidak ada sebarang penahanan akan dilakukan pada hari ini buat masa ini, hanya Tang sahaja yang dipanggil bagi dirakam percakapan berhubung isu berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Terdahulu, Tang yang diiringi peguamnya dilihat memasuki Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju pada kira-kira 2 petang.

Pada 16 Sept lepas, polis menjalankan siasatan berhubung kenyataan itu mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kenyataan Tang menggesa supaya program matrikulasi dimansuhkan dan kemasukan ke universiti awam diganti hanya dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia sehingga menimbulkan pelbagai kontroversi. – BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author