Connect with us

Terkini

Hantaran palsu isu perkauman, MCMC siasat Timbalan Ketua Pemuda PAS

Published

on

Foto: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohd Hafez Sabri
  • Isu berkenaan mengenai insiden seorang wanita menaiki pentas dan meluru ke arah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, semasa sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Perak di Ipoh.
  • Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].
  • Penyebaran kandungan palsu berunsur perkauman merupakan perbuatan serius yang boleh mengancam keharmonian serta ketenteraman awam.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah menjalankan siasatan dan mengambil keterangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohd Hafez Sabri berhubung hantaran palsu berunsur perkauman di media sosisalnya.

MCMC dalam satu kenyataan berkata sesi rakaman keterangan serta siasatan lanjut yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS itu telah dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam.

“Isu berkenaan mengenai insiden seorang wanita menaiki pentas dan meluru ke arah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, semasa sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Perak di Ipoh baru-baru ini.

“Hantaran tersebut mendakwa kononnya tindakan tersebut dilakukan seorang wanita berbangsa Cina, walaupun Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar menegaskan ia tidak benar dan berpotensi menimbulkan ketegangan kaum serta persepsi negatif dalam kalangan masyarakat,” katanya hari ini.

Tambahnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

“Penyebaran kandungan palsu berunsur perkauman merupakan perbuatan serius yang boleh mengancam keharmonian serta ketenteraman awam.

“Orang ramai diingatkan agar sentiasa mengesahkan kesahihan maklumat sebelum membuat atau menyebarkan sebarang kandungan di media sosial,” tegasnya. – The Merdeka Times.

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author