Connect with us

Terkini

Terbabit pergaduhan, empat murid digantung sekolah – Menteri Pendidikan

Published

on

Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek
  • Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata tindakan tegas itu diambil selaras prosedur disiplin ditetapkan Kementerian Pendidikan demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga sekolah sentiasa terpelihara.
  • Beliau berkata murid yang dikenakan tindakan gantung akan mengikuti program khidmat masyarakat di bawah kelolaan Pejabat Pendidikan Daerah sebagai langkah pemulihan.
  • Sesi kaunseling turut dilaksanakan sebagai intervensi bagi membimbing murid terlibat supaya dapat mengubah tingkah laku menerusi penerapan nilai-nilai murni.

 

KUALA LUMPUR – Empat murid digantung sekolah manakala 14 lagi diberi surat amaran selepas terbabit dalam insiden pergaduhan di sebuah sekolah yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata tindakan tegas itu diambil selaras dengan prosedur disiplin ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM) demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga sekolah sentiasa terpelihara.

“Saya hadir ke sekolah berkenaan pagi ini untuk mendapatkan maklumat penuh berkenaan kejadian dan tindakan yang telah diambil. Empat murid terlibat akan digantung sekolah, manakala 14 lagi diberi surat amaran,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau berkata murid yang dikenakan tindakan gantung akan mengikuti program khidmat masyarakat di bawah kelolaan Pejabat Pendidikan Daerah sebagai langkah pemulihan.

Selain itu, sesi kaunseling turut dilaksanakan sebagai intervensi bagi membimbing murid terlibat supaya dapat mengubah tingkah laku menerusi penerapan nilai-nilai murni.

Fadhlina turut menegaskan bahawa KPM tidak akan berkompromi dalam isu yang boleh menjejaskan keselamatan institusi pendidikan.

“Langkah-langkah pencegahan perlu dilaksanakan bagi memastikan ekosistem sekolah kekal selamat dan sejahtera,” katanya.

Terdahulu, seorang pempengaruh memuat naik video pergaduhan membabitkan sekumpulan pelajar lelaki, dipercayai berlaku di tandas sekolah. –  BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author