Connect with us

Terkini

Persatuan agensi pelancongan: Demonstrasi boleh cemarkan imej Malaysia, jejas Tahun Melawat Malaysia

Published

on

Foto: Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA)
  • Menurut kenyataan MATA, Malaysia sedang giat mempromosikan VM2026 bagi menarik jutaan pelawat antarabangsa, namun demonstrasi awam berskala besar yang berterusan boleh menjejaskan usaha tersebut.
  • “Imej negara yang tercemar boleh memberi kesan langsung terhadap ketibaan pelancong dan pelaburan asing. Demonstrasi juga boleh menjejaskan operasi perniagaan dan peluang pekerjaan serta meningkatkan kos sara hidup rakyat. Kesejahteraan dan keselamatan rakyat adalah keutamaan yang tidak boleh dikompromi,” jelas kenyataan itu.
  • MATA turut memberi amaran bahawa menggerakkan orang ramai turun ke jalan raya boleh mendatangkan risiko keselamatan, termasuk potensi provokasi, konflik, dan kekacauan yang boleh mengancam ketenteraman awam.

KUALA LUMPUR – Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menyuarakan kebimbangan terhadap kesan demonstrasi jalanan, khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), kerana ia boleh mengancam keselamatan awam dan mencemarkan reputasi negara sebagai destinasi pelancongan yang selamat.

Menurut kenyataan MATA yang dipetik News Straits Times, Malaysia sedang giat mempromosikan VM2026 bagi menarik jutaan pelawat antarabangsa, namun demonstrasi awam berskala besar yang berterusan boleh menjejaskan usaha tersebut.

“Imej negara yang tercemar boleh memberi kesan langsung terhadap ketibaan pelancong dan pelaburan asing. Demonstrasi juga boleh menjejaskan operasi perniagaan dan peluang pekerjaan serta meningkatkan kos sara hidup rakyat. Kesejahteraan dan keselamatan rakyat adalah keutamaan yang tidak boleh dikompromi,” jelas kenyataan itu.

MATA turut memberi amaran bahawa menggerakkan orang ramai turun ke jalan raya boleh mendatangkan risiko keselamatan, termasuk potensi provokasi, konflik, dan kekacauan yang boleh mengancam ketenteraman awam.

Selain itu, MATA menyatakan bahawa Malaysia yang dikenali sebagai destinasi pelancongan Islamik dan berasaskan alam semula jadi akan berdepan cabaran besar sekiranya demonstrasi jalanan berterusan dan menerima liputan negatif di media antarabangsa.

Sementara itu, Presiden MATA, Datuk Sri Dr Mohd Khalid Harun dalam kenyataan sama berkata bahawa Malaysia kini berada dalam fasa pemulihan ekonomi pasca pandemik yang kukuh.

“Stabiliti dan keamanan adalah asas kepada kemajuan industri pelancongan. Tanpa jaminan keselamatan, pelancong akan memilih destinasi lain yang lebih stabil dan selamat,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa MATA mengiktiraf hak rakyat untuk menyuarakan pendapat, namun setiap tindakan perlu dilaksanakan secara bertanggungjawab tanpa menjejaskan keharmonian negara.

“Kita mesti bekerjasama untuk mengekalkan kestabilan demi memastikan kejayaan VM2026 dan pertumbuhan ekonomi rakyat,” katanya. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author