Connect with us

Antarabangsa

Konvensyen Baptis Selatan AS lulus resolusi tolak perkahwinan sejenis

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Presiden Konvensyen Baptis Selatan, Clint Pressley.
  • Lebih 10,000 wakil gereja yang menghadiri mesyuarat tahunan itu turut menggesa pemansuhan keputusan Mahkamah Agung AS pada 2015 yang menghalalkan perkahwinan sejenis di seluruh negara.
  • Ahli parlimen turut diseru untuk menggubal undang-undang yang menyokong pembentukan keluarga mengikut ajaran agama dan menolak dasar yang bercanggah dengan hukum alam dan kitab suci.

 

DALLAS – Konvensyen Baptis Selatan (SBC) Amerika Syarikat (AS) telah meluluskan resolusi untuk menolak perkahwinan sejenis serta menggesa pemansuhan keputusan Mahkamah Agung AS pada 2015 yang menghalalkan perkahwinan sejenis di seluruh negara.

Lebih 10,000 wakil gereja yang menghadiri mesyuarat tahunan itu turut menyeru ahli parlimen agar menggubal undang-undang yang menyokong pembentukan keluarga mengikut ajaran agama dan menolak dasar yang bercanggah dengan hukum alam dan kitab suci.

Resolusi tersebut turut menyeru pemansuhan keputusan penting dalam kes Obergefell v. Hodges dan menuntut agar hanya perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang wanita diiktiraf secara undang-undang.

Walau bagaimanapun, pemansuhan kes itu tidak secara automatik mengharamkan perkahwinan sejenis.

Mesyuarat tahun itu turut meluluskan cadangan untuk mewujudkan sistem penjejakan terhadap pelaku yang boleh dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan seksual. -The Merdeka Times

Author