Connect with us

Terkini

Ketegangan geopolitik di Timur Tengah bersifat jangka masa pendek – Amir Hamzah

Published

on

Foto: Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
  • Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata krisis semasa yang mengakibatkan beberapa serangan balas di kawasan konflik telah menyebabkan harga minyak mentah melonjak dalam tempoh singkat.
  • “Susulan serangan yang berlaku, harga minyak akan naik secara mendadak namun, apabila berlakunya rundingan kita dapat lihat penurunan harga,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Belanjawan 2025 kendalian SME Bank di Kuala Lumpur, Khamis.

KUALA LUMPUR — Ketegangan geopolitik berterusan di Timur Tengah memberikan kesan bersifat jangka masa pendek kepada Malaysia, terutama dari segi kestabilan ekonomi, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata krisis semasa yang mengakibatkan beberapa serangan balas di kawasan konflik telah menyebabkan harga minyak mentah melonjak dalam tempoh singkat.

“Susulan serangan yang berlaku, harga minyak akan naik secara mendadak namun, apabila berlakunya rundingan kita dapat lihat penurunan harga.

“Jadi, impaknya adalah berjangka masa pendek buat masa ini. Kita faham usaha-usaha untuk mengekalkan keamanan terus ada dan Malaysia terus menyokong usaha untuk mengekalkan keamanan di rantau itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Belanjawan 2025 kendalian SME Bank di sini, Khamis.

Beliau berkata selain ekonomi, kedamaian sejagat adalah isu paling penting buat masa ini.

Dalam perkembangan berkaitan, harga minyak mentah Brent meningkat lebih tiga peratus minggu lepas sebelum kembali stabil minggu ini susulan laporan awal mengenai rundingan damai oleh beberapa kuasa besar.

Dari segi penyasaran subsidi RON95, Amir Hamzah berkata kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi RON95 pada tahun ini.

“Sekiranya kerajaan mahu melaksanakannya, penyasaran subsidi itu perlu dibuat dengan cara yang baik, seperti diesel sebelum ini yang kita perlu memastikan mekanisme yang kita ada adalah cara yang betul. Buat masa ini, kerajaan masih membuat reka bentuk mekanisme dan akan dibincangkan dalam Kabinet.

“Tapi dari segi dasarnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kita tidak akan mengenakan tahap yang tinggi. Kami ingin memastikan kebanyakan rakyat tidak akan terkena impak RON95 ini,” katanya. — BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author