Connect with us

Terkini

Kadar kesuburan negeri paling rendah, LPPKN Pulau Pinang laksana advokasi

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan
  • Pulau Pinang merekodkan kadar kesuburan paling rendah di seluruh negara iaitu 1.3 anak bagi setiap pasangan tahun lepas, kata Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Pulau Pinang, Dr Azura Abdullah.
  • Angka itu merupakan peningkatan daripada 1.2 pada 2023 namun pelbagai program dan advokasi tetap dilakukan untuk meningkatkan kadar kesuburan yang berpunca daripada pelbagai faktor termasuk masalah kesuburan.

KEPALA BATAS — Pulau Pinang merekodkan kadar kesuburan paling rendah di seluruh negara iaitu 1.3 anak bagi setiap pasangan tahun lepas, kata Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) negeri, Dr Azura Abdullah.

Beliau berkata meskipun angka itu merupakan peningkatan daripada 1.2 pada 2023 namun pelbagai program dan advokasi tetap dilakukan untuk meningkatkan kadar kesuburan yang berpunca daripada pelbagai faktor termasuk masalah kesuburan.

“LPPKN Pulau Pinang menjalankan pelbagai usaha untuk meningkatkan kesuburan antaranya klinik bantuan kesuburan termasuk mempromosikan Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Infertiliti (BuAI),” katanya.

Dr Azura berkata demikian selepas merasmikan Program Kesejahteraan Lelaki Sempena Sambutan Hari Bapa 2025 peringkat Pulau Pinang di sini semalam.

Pulau Pinang antara negeri mendapat manfaat program BuAI dengan kerajaan akan membiayai dua kitaran rawatan permanian beradas (IUI) kepada pasangan yang layak secara percuma.

BuAI diperkenalkan dalam Belanjawan 2025 dengan peruntukan RM6 juta bagi pelaksanaan bantuan tersebut.

Dr Azura berharap kemudahan dan subsidi rawatan kesuburan itu dapat membantu lebih ramai pasangan merealisasikan impian membina keluarga.

Beliau berkata lelaki juga berdepan masalah kesuburan disebabkan pelbagai faktor justeru pemeriksaan kesihatan terhadap kedua-dua suami dan isteri penting bagi mengetahui punca sebenar masalah kesuburan sebelum rawatan. — BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author