Connect with us

Terkini

Isu ‘Dewa Kekayaan’ dalam program anjuran Persatuan Cina Muslim, HCF & MACMA Sabah pilih diam diri

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Susulan kehadiran maskot ‘Dewa Kekayaan’ Cai Shen di Majlis Sambutan Tahun Baru Harmoni yang dianjurkan di Sabah, penganjur Hidayah Center Foundation (HCF) Negeri Sabah dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Sabah memilih untuk terus kunci mulut daripada memberi sebarang penjelasan lanjut kepada pihak media.
  • Usaha The Merdeka Times (TMT) untuk mendapatkan pandangan daripada Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berhubung isu sama, turut gagal apabila setakat artikel ini ditulis tiada sebarang maklum balas diterima.
  • Isu itu mulai dibangkitkan selepas Facebook Sabah Unity in Diversity semalam memuat naik klip video berdurasi 2 minit yang memaparkan Majlis Sambutan Tahun Baru Harmoni anjuran MACMA Sabah dan HCF menjemput maskot ‘Dewa Kekayaan’ di samping acara tarian singa dengan kehadiran lebih 450 tetamu dari pelbagai latar belakang agama dan etnik.

KUALA LUMPUR — Susulan kehadiran maskot ‘Dewa Kekayaan’ Cai Shen di Majlis Sambutan Tahun Baru Harmoni yang dianjurkan di Sabah, penganjur Hidayah Center Foundation (HCF) Negeri Sabah dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Sabah memilih untuk terus kunci mulut daripada memberi sebarang penjelasan lanjut kepada pihak media.

Usaha The Merdeka Times (TMT) untuk mendapatkan pandangan daripada Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berhubung isu sama, turut gagal apabila setakat artikel ini ditulis tiada sebarang maklum balas diterima.

Isu itu mulai dibangkitkan selepas Facebook Sabah Unity in Diversity semalam memuat naik klip video berdurasi 2 minit yang memaparkan Majlis Sambutan Tahun Baru Harmoni anjuran MACMA Sabah dan HCF menjemput maskot ‘Dewa Kekayaan’ di samping acara tarian singa dengan kehadiran lebih 450 tetamu dari pelbagai latar belakang agama dan etnik.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Sabah Unity in Diversity.

Difahamkan, Dewa Cai Shen atau Dewa Kekayaan merupakan dewa yang popular disembah oleh segenap masyarakat Cina, terutama pada Perayaan Tahun Baharu Cina. Dewa Kekayaan itu menjadi dewa yang paling popular disembah dan dijadikan tempat memohon hajat untuk memperoleh rezeki dan tuah. Selain itu, bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan, penyembahan kepada dewa Cai Shen adalah lebih diutamakan berbanding dewa lain.

Konsep dewa itu berasal dari Agama Rakyat Cina (Chinese Folk Religion) dan bukan dari Buddhisme, Taoisme atau Konfusianisme.

Dewa Kekayaan sering digambarkan sebagai seorang lelaki berjanggut dan bermisai hitam, memakai pakaian serba merah, dengan topi yang tersendiri serta memegang wang emas di tangannya. Pada setiap Perayaan Tahun Baharu Cina, maskot dan patung Dewa Kekayaan ini menjadi sangat popular sebagai simbol membawa kekayaan kepada masyarakat.— The Merdeka Times

Author