Connect with us

Terkini

Bekalan darah membimbangkan, Pusat Darah Negara rayu orang ramai menderma

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Pengarah PDN, Dr Mohammad Masrin Md Zahrin berkata semua jenis kumpulan darah, termasuk yang jarang ditemui seperti RhD negatif, amat diperlukan ketika ini bagi memenuhi keperluan pesakit dan persiapan menghadapi Ramadan dan Aidilfitri.
  • “Cabaran bagi kami untuk mendapatkan bekalan darah ketika ini berikutan musim sekolah yang panjang dengan ramai orang keluar negara untuk bercuti, termasuk cuti umum disambut warga Lembah Klang sempena perayaan Thaipusam (esok),” katanya dipetik Buletin TV3 hari ini.
  • Penggunaan darah tinggi disebabkan ada pesakit yang perlu menerima darah secara berkala, termasuk pesakit kanser dan talasemia.
  • Terdapat juga kes pesakit kekurangan darah dalam keadaan tidak dijangka ketika kecemasan, seperti kemalangan, ibu bersalin yang mengalami tumpah darah, bayi pramatang dan lain-lain.

KUALA LUMPUR — Bekalan darah di hospital seluruh negara berada dalam tahap membimbangkan ekoran permintaan tinggi, sekali gus mendorong Pusat Darah Negara (PDN) merayu orang ramai tampil menderma bagi mengelakkan krisis kekurangan darah.

Pengarah PDN, Dr Mohammad Masrin Md Zahrin berkata semua jenis kumpulan darah, termasuk yang jarang ditemui seperti RhD negatif, amat diperlukan ketika ini bagi memenuhi keperluan pesakit dan persiapan menghadapi Ramadan dan Aidilfitri.

“Cabaran bagi kami untuk mendapatkan bekalan darah ketika ini berikutan musim sekolah yang panjang dengan ramai orang keluar negara untuk bercuti, termasuk cuti umum disambut warga Lembah Klang sempena perayaan Thaipusam (esok),” katanya dipetik Buletin TV3 hari ini.

Mohammad Masrin berkata penggunaan darah yang tinggi disebabkan ada kelompok pesakit yang perlu menerima darah secara berkala, termasuk pesakit kanser dan talasemia.

Beliau berkata pada masa sama, terdapat kes pesakit kekurangan darah dalam keadaan tidak dijangka ketika kecemasan, seperti kemalangan, ibu bersalin yang mengalami tumpah darah, bayi pramatang dan lain-lain.

“Secara purata, 2,200 beg darah diperlukan setiap hari, dengan simpanan kadar optimum di peringkat PDN serta negeri mencukupi bagi tempoh tujuh hari, manakala di daerah pula 14 hari,” katanya.

Justeru beliau menasihatkan orang ramai supaya hadir sebagai penderma di pusat tabung darah yang membabitkan 98 pusat kutipan, selain pusat statik di beberapa pusat beli-belah di Lembah Klang dan Johor Bahru, Johor.

Menurut Facebook Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia, untuk menjadi seorang penderma darah ia boleh bermula seawal usia 17 tahun, dengan syarat penderma tersebut perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu/bapa penjaga untuk menderma darah.

Had umur maksimum layak menderma darah pula adalah 70 tahun dengan syarat penderma telah menderma secara berkala sekurang-kurangnya sekali setiap tahun pada tahun sebelumnya dan keputusan saringan kesihatan tahunan adalah baik dan menepati syarat-syarat menderma darah.

Anda layak menderma darah sekiranya sihat tubuh badan, berat badan 45 kg ke atas, tidur minimum lima jam, tiada masalah kesihatan, telah mengambil makanan sebelum menderma darah, pendermaan terakhir tiga bulan lalu, tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti homoseksual, biseksual, bertukar – tukar pasangan seks, mengambil dadah secara suntikan dan lain-lain. — The Merdeka Times

Author