Terkini
Video TMM2026: Kesilapan disengajakan, cubaan normalisasi agenda tersembunyi
- “Bongok! Tak pernah belajar dari kesilapan sebelum ni. Yang pasti derang (mereka) tetap akan tone deft. And they will keep this intentionally mistake just to make us get used with their hidden agenda (dan mereka akan terus melakukan kesilapan ini dengan sengaja untuk membuat kita terbiasa dengan agenda tersembunyi mereka)”.
- Kenyataan itu ditulis menerusi hantaran Facebook pengarah dan penerbit terkenal, Shahrulezad Mohameddin pada Khamis, berserta perkongsian hantaran pengguna Facebook lain yang mengkritik Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berhubung kenyataan beliau tentang isu video terbabit yang antara lain King Sing dipetik berkata, “Sikap golongan ekstremis seperti inilah yang sebenarnya mencabar keharmonian sosial kita, bukan usaha promosi yang dilakukan oleh kementerian”.
- Mengulas lanjut, Shahrulezad berkata dalam hal sebegini pihak terbabit akan membuatkan Muslim merasakan seolah-olah mereka yang mempunyai masalah ‘hati’, bersangka buruk dan rasis hinggakan suatu hari nanti anak-anak mereka juga menjadi tidak kisah jika ‘visual’ masjid tidak diadakan.
KUALA LUMPUR — “Bongok! Tak pernah belajar dari kesilapan sebelum ni. Yang pasti derang (mereka) tetap akan tone deft. And they will keep this intentionally mistake just to make us get used with their hidden agenda (dan mereka akan terus melakukan kesilapan ini dengan sengaja untuk membuat kita terbiasa dengan agenda tersembunyi mereka)”.
Demikian kata pengarah dan penerbit terkenal, Shahrulezad Mohameddin yang difahamkan berhubung kontroversi video montaj promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) yang dikritik pelbagai pihak selepas ia tidak mempamerkan sebarang elemen seni bina masjid sedangkan rumah ibadat agama lain ada dipaparkan dalam video berdurasi 41 saat berkenaan.
Kenyataan itu ditulis menerusi hantaran Facebook Shahrulezad pada Khamis, berserta perkongsian hantaran pengguna Facebook lain yang mengkritik Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berhubung kenyataan beliau tentang isu video terbabit yang antara lain King Sing dipetik berkata, “Sikap golongan ekstremis seperti inilah yang sebenarnya mencabar keharmonian sosial kita, bukan usaha promosi yang dilakukan oleh kementerian”.
Mengulas lanjut, Shahrulezad berkata dalam hal sebegini pihak terbabit akan membuatkan Muslim merasakan seolah-olah mereka yang mempunyai masalah ‘hati’, bersangka buruk dan rasis hinggakan suatu hari nanti anak-anak mereka juga menjadi tidak kisah jika ‘visual’ masjid tidak diadakan.
Malah, katanya jika ada mana-mana individu yang ‘bising’ dan melenting dalam hal ini maka dia yang akan dilabel sebagai rasis.
“Benda ni bukan kali pertama berlaku dah banyak kali. Derang (mereka) akan mintak maaf dan cakap akan perbetulkan dan letak lambang masjid sebesar-besar alam sebagai subtext atau sindiran message pemikiran bawah sedar betapa orang Melayu Islam yang bising ni adalah Melayu ortodox yang suka buat bising benda yang remeh pada mereka.
“Dan mereka konon-kononnya akan mengalah dengan tuntutan kita tapi mereka tetap buat taktik sama akan datang.
“Dan kita akan terus melenting dan mereka akan acah-acah mengalah lagi sampai kesatu peringkat kita pulak yang akan rasa malu dan dengan sikap kita yang defensive kita dan kita mula percaya, ‘ya betul. Kita yang overeact’ dan kita akan mula tone downkan bantahan kita dan perlahan-lahan kita mula rasa ‘mungkin betul kata mereka… Untuk mempromosikan Malaysia imej masjid tak penting. Lagi penting imej gereja, tokong dan kuil’ yang lagi melambangkan kemajmukan rakyat Malaysia.
“Itu sebenarnya strategi mereka. Aku dah muak dan menyampah dengan siaran ulangan yang sama jer dari insiden insiden sebelum ini. Acah-acah merasakan kita ni bangsa yang overeact dalam semua benda dan mereka adalah bangsa yang acah-acah terpaksa mengalah dengan kebisingan yang kita lakukan,” kata Shahrulezad tanpa menyatakan secara jelas kritikan itu ditujukan kepada siapa.
Kontroversi video montaj promosi TMM 2026 mulai tercetus apabila ramai pihak, termasuk Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin dan netizen, mempersoalkan mengapa tiada walaupun satu seni bina masjid ataupun nilai Islam dipaparkan dalam video berdurasi 41 saat yang dimuat naik di Facebook rasmi Tourism Malaysia pada 6 Januari lalu, sedangkan majoriti penduduk di Malaysia beragama Islam.
Maklum balas King Sing yang dilaporkan berkata ketiadaan masjid dalam montaj video itu kerana ia dibuat pendek dan ringkas bagi tujuan majlis pelancaran sementara masjid akan disertakan dalam video promosi yang lebih panjang dan terperinci, yang akan dikeluarkan kemudian ternyata tidak sedikit pun meredakan kemarahan dan kritikan masyarakat khususnya Melayu dan Muslim.
Malah terdapat media memetik kenyataan beliau yang dilihat seakan-akan menyifatkan pihak yang mempersoalkan video montaj itu sebagai golongan “ekstremis” yang sebenarnya mencabar keharmonian sosial negara ini. — The Merdeka Times