Terkini
(VIDEO) Montaj Tahun Melawat Malaysia 2026: Kenapa tiada masjid? – Radzi Jidin
KUALA LUMPUR — Seorang Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan video montaj pelancaran kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) yang tidak memaparkan seni bina masjid di negara ini sedangkan rumah ibadat agama lain ada dipaparkan dalam video berkenaan.
Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin menegaskan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing perlu tampil untuk menjelaskan perkara tersebut.
“Sudah tengok montaj pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026? Ada yang tanya saya, “Kenapa tak ada masjid dalam video montaj pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026? Tapi rumah ibadat yang lain ada”.
“Emmm… Menteri Pelancongan kena jawab ni!,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Dalam pada itu, semakan The Merdeka Times (TMT) di ruangan komen Facebook rasmi Tourism Malaysia hari ini mendapati ia dihujani dengan kritikan netizen yang meluahkan rasa kecewa dan mempersoalkan mengapa tiada walaupun satu seni bina masjid ataupun nilai Islam dipaparkan dalam video itu sedangkan majoriti penduduk di Malaysia beragama Islam.
“Islam ialah agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan, tapi mana gambar masjid dalam klip? Where’s the mosque? Memang tak peduli pasal kedudukan agama rasmi ke macam mana? This is so disappointing,” komen Cahaya Mata Akal.
“We are talking about Malaysia is an Islamic majority country, and hardly to see masjid & Islamic value in the video… whereas, Churches & temples are well observed. What is going on? (Kita sedang bercakap mengenai Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Islam, namun masjid dan nilai-nilai Islam sukar kelihatan dalam video tersebut… sebaliknya, gereja dan kuil lebih jelas kelihatan. Apa yang sedang berlaku?),” komen Sabran Jamil Ab Razak.
“Wowww did you just DISCRIMINATE the main races and the main religion in this country???? Just wowww!!! Baru nak puji.. tak jadi,” tulis Hajar Rosely.
“Punyalah beratus masjid lawa-lawa ada dalam Malaysia ni, 1 pun takde masukkan dalam video?Ada masalah dengan agama Islam ke pembuat video ni? Takde yang double check dulu ke sebelum lepaskan video ni? This is MADANI,” komen Are Pisco.
Bagaimanapun, ketika artikel ini sedang diproses sebentar tadi TMT mendapati video montaj pelancaran kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) yang mengundang kritikan itu telah diturunkan dari Facebook rasmi Tourism Malaysia.— The Merdeka Times