Antarabangsa
Syria akan sambung semula penerbangan antarabangsa dari Damsyik bermula esok
- Lapangan terbang Damsyik Syria akan menyambung semula penerbangan antarabangsa pada Selasa buat kali pertama sejak Bashar al-Assad digulingkan bulan lalu oleh pejuang anti-rejim, lapor Al Jazeera.
- Tiada penerbangan berlepas atau mendarat sejak tentera pro-Assad meninggalkan lapangan terbang di ibu negara Syria itu pada 8 Disember selepas pejuang anti-rejim berarak ke bandar Damsyik berikutan serangan bermula pada 27 November lalu.
- “Kami mengumumkan kami akan mula menerima penerbangan antarabangsa ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik” mulai Selasa, kata Ashhad al-Salibi, yang mengetuai Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam dan Pengangkutan Udara Syria, dipetik agensi berita negara SANA pada Sabtu.
- Pesawat bantuan antarabangsa dan delegasi diplomatik asing dilaporkan telah pun mendarat di Syria.
Lapangan terbang Damsyik Syria akan menyambung semula penerbangan antarabangsa pada Selasa buat kali pertama sejak Bashar al-Assad digulingkan bulan lalu oleh pejuang anti-rejim, lapor Al Jazeera.
Tiada penerbangan berlepas atau mendarat sejak tentera pro-Assad meninggalkan lapangan terbang di ibu negara Syria itu pada 8 Disember selepas pejuang pembangkang berarak ke bandar Damsyik berikutan serangan bermula pada 27 November lalu.
“Kami mengumumkan kami akan mula menerima penerbangan antarabangsa ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik” mulai Selasa, kata Ashhad al-Salibi, yang mengetuai Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam dan Pengangkutan Udara Syria, dipetik agensi berita negara SANA pada Sabtu.
Wartawan Al Jazeera, Hashim Ahelbarra, melaporkan dari Damsyik, berkata pengumuman itu mempunyai “implikasi politik dan ekonomi yang penting” untuk negara yang dilanda perang itu.
Beliau berkata pentadbiran baharu Syria telah berhubung dengan pemain utama serantau, khususnya Qatar, mengenai keperluan untuk membantu mereka memulihkan lapangan terbang mereka di Damsyik agar selaras dengan piawaian keselamatan antarabangsa.
Pesawat bantuan antarabangsa dan delegasi diplomatik asing dilaporkan telah pun mendarat di Syria.
Menurut agensi berita AFP, penerbangan domestik disambung semula pada 18 Disember lalu apabila penerbangan dari Damsyik berlepas ke Aleppo. – The Merdeka Times