Connect with us

Antarabangsa

Pihak Berkuasa Palestin gantung operasi Al Jazeera di Tebing Barat

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Pihak Berkuasa Palestin (PA) menggantung operasi Al Jazeera buat sementara waktu di Tebing Barat yang diduduki kerana “bahan menghasut,” lapor agensi berita rasmi Palestin, Wafa.
  • Al Jazeera memetik Wafa pada Rabu melaporkan sebuah jawatankuasa kementerian yang merangkumi kementerian kebudayaan, dalam negeri dan komunikasi memutuskan untuk menggantung operasi penyiar itu kerana apa yang mereka sifatkan sebagai penyiaran “bahan menghasut dan laporan yang memperdaya dan mencetuskan perbalahan” di negara itu.
  • Tiada ulasan segera daripada Al Jazeera Media Network.
  • Keputusan itu dibuat selepas Fatah, kumpulan Palestin yang menguasai PA, melarang Al Jazeera daripada melaporkan dari Jenin di wilayah utara Tebing Barat yang diduduki, memetik liputannya mengenai pertempuran antara pasukan keselamatan Palestin dan kumpulan bersenjata Palestin di kawasan itu.
  • Fatah pada 24 Disember telah menuduh penyiar itu menyemai perpecahan di “tanah air Arab kita secara amnya dan di Palestin khususnya” dan menggalakkan rakyat Palestin untuk tidak bekerjasama dengan rangkaian itu.

Pihak Berkuasa Palestin (PA) menggantung operasi Al Jazeera buat sementara waktu di Tebing Barat yang diduduki kerana “bahan menghasut,” lapor agensi berita rasmi Palestin, Wafa.

Al Jazeera memetik Wafa pada Rabu melaporkan sebuah jawatankuasa kementerian yang merangkumi kementerian kebudayaan, dalam negeri dan komunikasi memutuskan untuk menggantung operasi penyiar itu kerana apa yang mereka sifatkan sebagai penyiaran “bahan menghasut dan laporan yang memperdaya dan mencetuskan perbalahan” di negara itu.

Tiada ulasan segera daripada Al Jazeera Media Network.

Keputusan itu dibuat selepas Fatah, kumpulan Palestin yang menguasai PA, melarang Al Jazeera daripada melaporkan dari Jenin di wilayah utara Tebing Barat yang diduduki, memetik liputannya mengenai pertempuran antara pasukan keselamatan Palestin dan kumpulan bersenjata Palestin di kawasan itu.

Fatah pada 24 Disember telah menuduh penyiar itu menyemai perpecahan di “tanah air Arab kita secara amnya dan di Palestin khususnya” dan menggalakkan rakyat Palestin untuk tidak bekerjasama dengan rangkaian itu.

Sebagai tindak balas, rangkaian itu menyelar Fatah, berkata ia telah melancarkan “kempen hasutan” terhadap rangkaian dan wartawannya di Tebing Barat yang diduduki kerana liputannya mengenai pertempuran itu.

Hamdah Salhut dari Al Jazeera, melaporkan dari Amman, berkata serbuan pasukan keselamatan Palestin di Jenin tidak popular dalam kalangan rakyat Palestin di Tebing Barat. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *