Antarabangsa
Paderi Episcopal didakwa mencuri lebih $300,000 dari gereja
- Seorang paderi gereja Episcopal didakwa atas dakwaan mencuri lebih $300,000 dari sebuah gereja Texas, dengan kehadiran di mahkamah untuk paderi tertuduh itu masih belum selesai.
- Reverend Edward Monk, rektor Gereja Episcopal St. John di Corsicana, Texas, Amerika Syarikat (AS) telah didakwa bulan lalu atas tuduhan mencuri lebih $300,000, secara curang menggunakan identiti warga emas dan penyalahgunaan kad kredit terhadap individu warga emas.
- Monk telah ditangkap pada 21 Disember 2024 dan kemudian dibebaskan selepas dia membayar ikat jamin, lapor The Christian Post memetik Perkhidmatan Berita Episcopal (ENS).
- Jumlah keseluruhan yang didakwa dicuri paderi itu belum didedahkan secara terbuka. Polis mula menyiasat Monk pada Julai lalu selepas ahli Episcopal St. John melaporkan tentang aktiviti kewangan mencurigakan.
Seorang paderi gereja Episcopal didakwa atas dakwaan mencuri lebih $300,000 dari sebuah gereja Texas, dengan kehadiran di mahkamah untuk paderi tertuduh itu masih belum selesai.
Reverend Edward Monk, rektor Gereja Episcopal St. John di Corsicana, Texas, Amerika Syarikat (AS) telah didakwa bulan lalu atas tuduhan mencuri lebih $300,000, secara curang menggunakan identiti warga emas dan penyalahgunaan kad kredit terhadap individu warga emas.
Monk telah ditangkap pada 21 Disember 2024 dan kemudian dibebaskan selepas dia membayar ikat jamin, lapor The Christian Post memetik Perkhidmatan Berita Episcopal (ENS).
Jumlah keseluruhan yang didakwa dicuri paderi itu belum didedahkan secara terbuka.
“Penyiasat terus menyemak beribu-ribu halaman rekod kewangan daripada berpuluh-puluh akaun yang menjangkau lebih sedekad,” kata Ketua Polis Corsicana, Robert Johnson dipetik ENS.
Monk berkhidmat sebagai rektor di St. John’s Episcopal sejak 2003.
Polis mula menyiasat Monk pada Julai lalu selepas ahli Episcopal St. John melaporkan tentang aktiviti kewangan mencurigakan.
Peguam Daerah Navarro County dan Pejabat Peguam Negara Texas dilaporkan turut terbabit dalam siasatan jenayah itu.
Keuskupan Episcopal Dallas juga menjalankan siasatan terhadap dakwaan salah laku kewangan itu dengan Monk telah diletakkan dalam cuti pentadbiran Ogos lalu. – The Merdeka Times