Antarabangsa
Israel musnahkan 1,000 masjid, tiga gereja di Gaza
- Hampir 1,000 masjid musnah dan rosak dalam serangan Israel di Gaza tahun lalu, kata Pihak Berkuasa Palestin.
- Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin dalam kenyataan pada Ahad dipetik TRT World berkata, 815 tempat ibadat umat Islam musnah dan 151 lagi rosak sebahagiannya.
- Kementerian itu juga berkata 19 tanah perkuburan dan tiga gereja turut musnah dalam perang genosid Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza pada 2024.
- Di wilayah Tebing Barat yang diduduki, kementerian itu merekodkan 256 pencerobohan peneroka haram Israel ke dalam Masjid Al-Aqsa yang diduduki di Baitulmaqdis Timur tahun lalu.
Hampir 1,000 masjid musnah dan rosak dalam serangan Israel di Gaza tahun lalu, kata Pihak Berkuasa Palestin.
Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin dalam kenyataan pada Ahad dipetik TRT World berkata, 815 tempat ibadat umat Islam musnah dan 151 lagi rosak sebahagiannya.
Kementerian itu juga berkata 19 tanah perkuburan dan tiga gereja turut musnah dalam perang genosid Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza pada 2024.
Di wilayah Tebing Barat yang diduduki, kementerian itu merekodkan 256 pencerobohan peneroka haram Israel ke dalam Masjid Al-Aqsa yang diduduki di Baitulmaqdis Timur tahun lalu.
Menurut kementerian itu, kira-kira 2,567 peneroka haram memasuki kompleks masjid untuk meraikan perayaan Hanukkah selama seminggu, dari 25 Disember hingga 2 Januari.
Kementerian itu juga mendokumentasikan serangan Israel ke atas 20 masjid di Tebing Barat yang diduduki.
Ketegangan memuncak di seluruh wilayah Palestin yang diduduki berikutan perang genosid rejim Israel ke atas Gaza, yang telah membunuh lebih 45,800 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak 7 Oktober 2023. – The Merdeka Times