Connect with us

Terkini

ATM sahkan insiden kekecohan di Wisma Transit libatkan warga Palestin

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto : Insiden kekecohan melibatkan warga Palestin yang berlaku di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL).
  • ATM sahkan insiden kekecohan melibatkan warga Palestin yang berlaku di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) pada petang Sabtu, seperti yang tular di media sosial berpunca daripada keinginan mereka untuk mempercepatkan proses kembali ke Palestin.
  • ATM dalam kenyataan semalam memaklumkan bahawa kejadian yang berlaku pada pukul 5 petang itu bagaimanapun dapat dikawal dengan baik tanpa melibatkan sebarang pergaduhan atau kecederaan, hanya berlaku sedikit kerosakan terhadap perabot di WTKL.
  • “Sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu, pegawai dan anggota ATM yang bertugas telah bertindak untuk berbincang bersama warga Palestin yang terlibat. Situasi berkenaan dapat dikawal dengan baik,” menurut kenyataan itu.

KUALA LUMPUR — Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan insiden kekecohan melibatkan warga Palestin yang berlaku di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) pada petang Sabtu, seperti yang tular di media sosial berpunca daripada keinginan mereka untuk mempercepatkan proses kembali ke Palestin.

ATM dalam kenyataan semalam memaklumkan bahawa kejadian yang berlaku pada pukul 5 petang itu bagaimanapun dapat dikawal dengan baik tanpa melibatkan sebarang pergaduhan atau kecederaan, hanya berlaku sedikit kerosakan terhadap perabot di WTKL.

“Sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu, pegawai dan anggota ATM yang bertugas telah bertindak untuk berbincang bersama warga Palestin yang terlibat. Situasi berkenaan dapat dikawal dengan baik.

“Mereka kemudian bersurai kira-kira pukul 7.30 malam,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, ATM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan insiden itu.

Sejak petang Sabtu lalu, tular beberapa video yang memaparkan kekecohan di pekarangan WTKL melibatkan warga Palestin hingga menyebabkan kerosakan di kawasan terbabit.

Pada Oktober tahun lepas, tular video memaparkan beberapa warga Palestin yang ditempatkan di WTKL melakukan kekecohan disebabkan segelintir daripada mereka tidak berpuas hati kerana diletakkan di pusat perlindungan berkenaan, selain mengehadkan pergerakan mereka.

Susulan itu, Duta Palestin di Malaysia, Walid Abu Ali memohon maaf bagi pihak warga Palestin yang berada di Malaysia dan di tanah air atas kejadian berkenaan.

Pada 16 Ogos lepas, Malaysia membawa 127 warga Palestin termasuk 41 pesakit yang cedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza serta dipindahkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, manakala saudara-mara lain ditempatkan di WTKL. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *