Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Abu Diaa syahid, pergi bertemu dengan cucu kesayangan “Soul of the Soul”

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Lelaki Palestin, Khaled Nabhan atau lebih dikenali sebagai "Abu Diaa"

Lelaki Palestin, Khaled Nabhan atau lebih dikenali sebagai “Abu Diaa” dan dikenali kerana frasa popularnya di media sosial “Soul of the Soul” syahid dalam serangan udara Israel menyasarkan kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza hari ini, menurut Pusat Media Palestin.

Abu Diaa dikenali meluas semasa perang genosid Israel ke atas Gaza selepas video menyayat hati menunjukkan dia berkabung dengan cucunya, Reem, yang terbunuh bersama abangnya Tariq dalam serangan udara rejim zionis.

Dalam rakaman tular itu, Khaled dilihat memeluk tubuh Reem sambil membelai rambutnya dengan penuh kasih sayang dan berulang kali memanggilnya cucunya “rouh rouhi” (jiwa ke atas  jiwaku).

Abu Diaa, penduduk kem pelarian Nuseirat di Gaza itu tetap teguh walaupun dibom tanpa henti oleh rejim zionis Israel.

Beliau dengan secara terbuka menyatakan keazaman untuk tinggal di rumahnya, menyeru pemimpin dan organisasi global menangani krisis kemanusiaan di Gaza, lapor Roya News.

Abu Diaa dalam temubual dengan media menyerlahkan nasib rakyat Palestin yang terkepung dan meraih simpati atas kesan perang terhadap keluarga di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *