Connect with us

Antarabangsa

Trump ancam rampas semula Terusan Panama

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden terpilih Donald Trump
  • Presiden terpilih Donald Trump mengancam Amerika Syarikat (AS) akan mengawal semula Terusan Panama jika ia merasakan Panama tidak menghormati syarat perjanjian 1977 mengenai status undang-undang laluan air itu.
  • Dalam dua posting Truth Social pada Sabtu yang dipetik Politico, Trump menuduh Panama mengenakan kadar terlalu tinggi kepada kapal AS untuk melalui laluan air kritikal itu. 
  • Trump juga mendakwa perjanjian yang membolehkan Panama mengawal terusan itu pada mulanya juga membenarkan AS untuk mengambilnya semula.
  • “Sekiranya prinsip, baik moral dan undang-undang, isyarat pemberian bermurah hati ini tidak diikuti, maka kami akan menuntut Terusan Panama dikembalikan kepada kami, sepenuhnya, dan tanpa persoalan,” tulis Trump dalam posting itu.
  • Politico melaporkan tidak jelas apa yang mendorong Trump invektif (cenderung atau berminat) mengenai terusan itu. 

Presiden terpilih Donald Trump mengancam Amerika Syarikat (AS) akan mengawal semula Terusan Panama jika ia merasakan Panama tidak menghormati syarat perjanjian 1977 mengenai status undang-undang laluan air itu.

Dalam dua posting Truth Social pada Sabtu yang dipetik Politico, Trump menuduh Panama mengenakan kadar terlalu tinggi kepada kapal AS untuk melalui laluan air kritikal itu. 

Trump juga mendakwa perjanjian yang membolehkan Panama mengawal terusan itu pada mulanya juga membenarkan AS untuk mengambilnya semula.

“Sekiranya prinsip, baik moral dan undang-undang, isyarat pemberian bermurah hati ini tidak diikuti, maka kami akan menuntut Terusan Panama dikembalikan kepada kami, sepenuhnya, dan tanpa persoalan,” tulis Trump dalam posting itu.

Politico melaporkan tidak jelas apa yang mendorong Trump invektif (cenderung atau berminat) mengenai terusan itu. 

Walaupun China dilaporkan meningkatkan kehadirannya di Amerika Latin sejak dua dekad lalu — dan sebuah syarikat berpangkalan di Hong Kong mentadbir kedua-dua pelabuhan di setiap hujung terusan — tiada entiti komersial atau kerajaan China yang mempunyai sebarang peranan langsung dalam menguruskan aliran kapal melalui laluan air kritikal itu.

Terusan itu ditadbir agensi bebas kerajaan Panama, Pihak Berkuasa Terusan Panama dan China tidak membuat sebarang isyarat awam untuk membeli terusan itu atau meningkatkan kehadirannya di negara itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *