Connect with us

Terkini

TikToker Rayyan Wong ditahan kes hina Agong, Pemangku Sultan Johor dan PM

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain
  • Polis menahan pemilik akaun TikTok, Rayyan Wong bagi membantu siasatan berhubung kandungan berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor dan Perdana Menteri yang dimuat naik di akaun berkenaan.
  • Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata penahanan dilakukan susulan laporan dibuat pegawai SKMM berkaitan kandungan berkenaan.
  • “Semalam pada jam 4.30 petang pengadu melihat satu kenyataan yang dimuat naik pemilik akaun @ryanwong_5845 di aplikasi TikTok.
  • “Kandungan berkenaan mengeluarkan kenyataan bersifat jelik yang dipercayai dengan niat untuk menyakitkan hati, memperlekeh dan menghina Institusi Diraja bagi membangkitkan kebencian serta provokasi terhadap Institusi Diraja yang berpotensi mengganggu-gugat keselamatan awam dan keharmonian negara,” katanya dipetik media tempatan di sini pada Rabu.
  • Polis turut merampas satu telefon pintar jenis Galaxy Z Flip 5 dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

KUALA  LUMPUR — Polis menahan pemilik akaun TikTok, Rayyan Wong bagi membantu siasatan berhubung kandungan berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor dan Perdana Menteri yang dimuat naik di akaun berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata penahanan dilakukan susulan laporan dibuat pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan kandungan berkenaan.

Beliau berkata kandungan terbabit didapati bersifat bersifat jelik yang dipercayai dengan niat untuk menyakitkan hati, memperlekeh dan menghina institusi diraja.

“Semalam pada jam 4.30 petang pengadu melihat satu kenyataan yang dimuat naik pemilik akaun @ryanwong_5845 di aplikasi TikTok.

“Kandungan berkenaan mengeluarkan kenyataan bersifat jelik yang dipercayai dengan niat untuk menyakitkan hati, memperlekeh dan menghina Institusi Diraja bagi membangkitkan kebencian serta provokasi terhadap Institusi Diraja yang berpotensi mengganggu-gugat keselamatan awam dan keharmonian negara,” katanya dipetik media tempatan di sini pada Rabu.

Razarudin berkata polis turut merampas satu telefon pintar jenis Galaxy Z Flip 5 dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

“Siasatan masih diteruskan dan perkembangan kes akan dimaklumkan dari masa ke semasa,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *