Antarabangsa
Rejim Syria tumbang, Assad lari ke Russia
- Presiden Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad dan keluarganya tiba di Moscow pada Ahad, di mana Russia menawarkan mereka suaka, lapor agensi berita negara Russia.
- “Assad dan ahli keluarganya tiba di Moscow. Dipandu pertimbangan kemanusiaan, Russia telah memberikan suaka kepada mereka,” kata TASS, memetik sumber Kremlin, dipetik agensi berita Anadolu.
- Sumber itu berkata Russia sentiasa menyokong penyelesaian politik krisis Syria dan mendesak rundingan ditengahkan PBB diteruskan.
- “Pegawai Rusia berhubung dengan wakil pembangkang Syria bersenjata, pemimpin mereka telah menjamin keselamatan pangkalan tentera Russia dan misi diplomatik di wilayah Syria,” kata sumber itu.
- Pertempuran antara tentera rejim Assad dan kumpulan anti-rejim kembali berkobar 27 November lalu di kawasan luar bandar di barat Aleppo, sebelum membawa kepada kejatuhan Damsyik pada Ahad selepas lebih 10 hari pertempuran.
Presiden Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad dan keluarganya tiba di Moscow pada Ahad, di mana Russia menawarkan mereka suaka, lapor agensi berita negara Russia.
“Assad dan ahli keluarganya tiba di Moscow. Dipandu pertimbangan kemanusiaan, Russia telah memberikan suaka kepada mereka,” kata TASS, memetik sumber Kremlin, dipetik agensi berita Anadolu.
Sumber itu berkata Russia sentiasa menyokong penyelesaian politik krisis Syria dan mendesak rundingan ditengahkan PBB diteruskan.
“Pegawai Rusia berhubung dengan wakil pembangkang Syria bersenjata, pemimpin mereka telah menjamin keselamatan pangkalan tentera Russia dan misi diplomatik di wilayah Syria,” kata sumber itu.
Pertempuran antara tentera rejim Assad dan kumpulan anti-rejim kembali berkobar 27 November lalu di kawasan luar bandar di barat Aleppo, sebuah bandar utama di utara Syria.
Pasukan penentang anti-rejim Assad melancarkan serangan kilat, selama lebih 10 hari, menawan bandar-bandar utama dan kemudian ibu negara, Damsyik pada Ahad.
Kemaraan pantas, yang disokong unit tentera berpaling tadah, membawa kepada kejatuhan rejim Assad selepas 13 tahun perang saudara. – The Merdeka Times