Antarabangsa
Pejuang Palestin bebaskan orang awam ditahan tentera Israel di Beit Lahia
- Briged al-Qassam, sayap tentera Hamas, berjaya membebaskan orang awam Palestin yang ditahan tentera Israel di dalam bangunan berkubu dalam operasi berani di Beit Lahia, utara Gaza.
- QNN pada Isnin melaporkan operasi itu bermula dengan pembunuhan tiga tentera Israel yang mengawal bangunan itu.
- Pejuang al-Qassam kemudian menyerbu struktur itu, meneutralkan saki baki musuh dan merampas senjata mereka.
- Orang awam Palestin yang dibebaskan telah diculik dan ditahan di dalam bangunan itu oleh tentera Israel.
- Beberapa hari kebelakangan ini, Hamas dan kumpulan penentangan Palestin lain melakukan serangan kompleks, termasuk operasi berani mati berikutan penahanan meluas oleh tentera Israel di seluruh wilayah Palestin sejak 7 Oktober 2023.
Briged al-Qassam, sayap tentera Hamas, berjaya membebaskan orang awam Palestin yang ditahan tentera Israel di dalam bangunan berkubu dalam operasi berani di Beit Lahia, utara Gaza.
Quds News Network (QNN) pada Isnin melaporkan operasi itu bermula dengan pembunuhan tiga tentera Israel yang mengawal bangunan itu.
Pejuang al-Qassam kemudian menyerbu struktur itu, meneutralkan saki baki musuh dan merampas senjata mereka.
Orang awam Palestin yang dibebaskan telah diculik dan ditahan di dalam bangunan itu oleh tentera Israel.
Insiden itu berlaku di tengah-tengah gelombang operasi penentangan di seluruh Gaza.
Beberapa hari kebelakangan ini, Hamas dan kumpulan penentangan Palestin lain melakukan serangan kompleks, termasuk operasi berani mati.
Tindakan itu berikutan penahanan meluas oleh tentera Israel di seluruh wilayah Palestin sejak 7 Oktober 2023.
Kelab Tahanan Palestin melaporkan lebih 10,800 tangkapan dari Tebing Barat, Baitulmaqdis dan wilayah Palestin yang diduduki Israel.
Ramai tahanan terbabit adalah termasuk wanita dan kanak-kanak serta bekas banduan ditahan semula.
Jumlah itu tidak termasuk beribu-ribu yang diculik dari Gaza semasa pembunuhan beramai-ramai yang berterusan. – The Merdeka Times