Connect with us

Antarabangsa

Serbuan kem Tebing Barat, PA bunuh komander Briged Jenin

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pasukan keselamatan Palestin mengambil posisi semasa pertempuran dengan kumpulan bersenjata di Jenin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
  • Pertempuran meletus di kem pelarian Jenin antara pasukan keselamatan Palestin dan Briged Jenin pada Sabtu menyaksikan kematian komander kumpulan bersenjata di Tebing Barat dengan beberapa lain cedera.
  • Pertempuran pada waktu subuh berlaku lima hari selepas tentera Pihak Berkuasa Palestin (PA) mengepung kem pelarian itu.
  • Jurucakap PA, Brigedier Jeneral Anwar Rajab tidak mengesahkan mahupun menafikan kematian komander Briged Jenin dalam “Operasi Melindungi Tanah Air”, dilancarkan untuk “membasmi hasutan dan huru-hara” di Tebing Barat, namun kumpulan penentangan Palestin, Jawatankuasa Penentangan Popular mengatakan Yazid Ja’ayseh telah terbunuh.
  • Hamas dalam satu kenyataan berasingan menyifatkan Ja’ayseh sebagai “pemimpin syahid” dan mengutuk pembunuhannya sebagai “memalukan”, menekankan bahawa insiden pembunuhan komander Briged Jenin itu akan “menimbulkan pertikaian dalaman”.
  • Jenin dan kem pelarian bersebelahan adalah kubu kuat kumpulan penentangan bersenjata Palestin, termasuk Briged Jenin, yang dilihat sebagai penentangan lebih berkesan terhadap pendudukan haram rejim Israel, berbeza dengan PA (Fatah) yang menyelaraskan hal keselamatan dengan Israel.

Pertempuran meletus di kem pelarian Jenin antara pasukan keselamatan Palestin dan Briged Jenin pada Sabtu menyaksikan kematian komander kumpulan bersenjata di Tebing Barat dengan beberapa lain cedera.

Pertempuran pada waktu subuh berlaku lima hari selepas tentera Pihak Berkuasa Palestin (PA) mengepung kem pelarian itu.

Jurucakap PA, Brigedier Jeneral Anwar Rajab berkata serbuan ke atas kem di Tebing Barat itu sebahagian “Operasi Melindungi Tanah Air”, dilancarkan untuk “membasmi hasutan dan huru-hara” di Tebing Barat.

Menurut sumber dipetik Al Jazeera, pasukan PA (Fatah) itu mengepung Hospital Kerajaan Jenin, menggeledah ambulans dan menyerbu Hospital Ibnu Sina.

Rajab tidak mengesahkan mahupun menafikan kematian komander Briged Jenin itu, namun kumpulan penentangan Palestin, Jawatankuasa Penentangan Popular mengatakan Yazid Ja’ayseh telah terbunuh.

Jawatankuasa Penentangan Popular mengutuk pembunuhan Ja’ayseh sebagai “pelanggaran serius terhadap semua norma dan tradisi negara” yang “selaras dengan agenda zionis yang bertujuan menghapuskan penentangan di Tebing Barat”.

Hamas dalam satu kenyataan berasingan menyifatkan Ja’ayseh sebagai “pemimpin syahid” dan mengutuk pembunuhannya sebagai “memalukan”, menekankan bahawa insiden pembunuhan komander Briged Jenin itu akan “menimbulkan pertikaian dalaman”.

PA (Fatah) mempunyai kuasa pentadbiran separa di Tebing Barat yang telah diduduki rejim zionis Israel sejak 1967.

Jenin dan kem pelarian bersebelahan adalah kubu kuat kumpulan penentangan bersenjata Palestin, termasuk Briged Jenin, yang dilihat sebagai penentangan lebih berkesan terhadap pendudukan haram rejim Israel, berbeza dengan PA yang menyelaraskan hal keselamatan dengan Israel. 

The New Arab melaporkan rejim Israel pada Ogos lalu mengepung dan menyerbu kem pelarian Jenin selama 10 hari, membunuh berpuluh-puluh warga Palestin. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *