Antarabangsa
Netanyahu bedah buang prostat, kini di wad pemulihan bawah tanah
- Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah menjalani pembedahan membuang prostat di Pusat Perubatan Hadassah di Baitulmaqdis, kata pejabatnya dalam kenyataan lewat petang Ahad.
- Pejabat Perdana Menteri Israel berkata Netanyahu telah dipindahkan ke wad pemulihan bawah tanah yang diperkukuhkan (fortified underground recovery ward).
- Times of Israel (TOI) melaporkan Netanyahu berada di bawah anestesia (bius) penuh untuk prosedur itu, yang menurut pejabatnya dijadualkan selepas doktor mendapati jangkitan pada saluran kencingnya akibat pembesaran benign prostat.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah menjalani pembedahan membuang prostat di Pusat Perubatan Hadassah di Baitulmaqdis, kata pejabatnya dalam kenyataan lewat petang Ahad.
Pejabat Perdana Menteri Israel berkata Netanyahu telah dipindahkan ke wad pemulihan bawah tanah yang diperkukuhkan (fortified underground recovery ward).
“Pembedahan itu berakhir dengan jayanya tanpa komplikasi,” kata pejabat Perdana Menteri Israel dipetik Times of Israel (TOI).
Netanyahu dijangka menghabiskan beberapa hari di bawah pemerhatian di wad pemulihan bawah tanah itu.
Netanyahu berada di bawah anestesia (bius) penuh untuk prosedur itu, yang menurut pejabatnya dijadualkan selepas doktor mendapati jangkitan pada saluran kencingnya akibat pembesaran benign prostat. – The Merdeka Times