Agama
Konvensyen Sunnah Antarabangsa Perlis 2025 tampilkan 18 penceramah antarabangsa
- Konvensyen Sunnah Antarabangsa Perlis (PISC) 2025 kini kembali dengan menampilkan 18 penceramah antarabangsa terkenal dari pelbagai negara, bertemakan “Al-Quran: The Divine Guidance” dan akan diadakan di Dewan 2020, Kangar, Perlis pada 24 hingga 27 Januari 2025.
- PISC dianjurkan Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama pelbagai organisasi dan institusi dakwah, serta ditaja Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) merupakan acara tahunan yang bertujuan mempromosikan ajaran Islam yang autentik (asli) berlandaskan al-Quran dan Sunnah.
- Kali ini ia menjanjikan pengalaman luar biasa berbanding tahun-tahun sebelum ini, menghimpunkan ulama terkenal dunia, pakar dan peserta yang bersemangat untuk pengalaman penuh manfaat di mana antara lain mengadakan perbincangan mendalam yang memberikan peluang untuk menyelami hikmah al-Quran, memupuk perkembangan rohani serta memahami mesej Allah dengan lebih mendalam.
KUALA LUMPUR — Konvensyen Sunnah Antarabangsa Perlis (PISC) 2025 kini kembali dengan menampilkan 18 penceramah antarabangsa terkenal dari pelbagai negara, bertemakan “Al-Quran: The Divine Guidance” dan akan diadakan di Dewan 2020, Kangar, Perlis pada 24 hingga 27 Januari 2025.
Antara penceramah terlibat adalah Dr Zakir Naik (India); Sheikh Shadi Alsuleiman (Australia); Dr Muhammad Salah (Mesir); Sheikh Abdur Raheem Green (UK);Dr Ahmed Saifuddin (Arab Saudi);Sheikh Assim Al-Hakeem (Arab Saudi);Dr Omar Suleiman (AS); Dr Waleed Basyouni (AS); Dr Bilal Philips (Kanada) dan Sheikh Yousuf Estes (AS).
PISC dianjurkan Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama pelbagai organisasi dan institusi dakwah, serta ditaja Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) merupakan acara tahunan yang bertujuan mempromosikan ajaran Islam yang autentik (asli) berlandaskan al-Quran dan Sunnah.
Kali ini ia menjanjikan pengalaman luar biasa berbanding tahun-tahun sebelum ini, menghimpunkan ulama terkenal dunia, pakar dan peserta yang bersemangat untuk pengalaman penuh manfaat di mana antara lain mengadakan perbincangan mendalam yang memberikan peluang untuk menyelami hikmah al-Quran, memupuk perkembangan rohani serta memahami mesej Allah dengan lebih mendalam.
PISC akan menjadi sebahagian Ummah yang bersatu dengan kehadiran dijangka mencecah 10,000 peserta dari seluruh rantau, mencari bimbingan daripada Sunnah dan ajaran Islam yang mulia dan peserta berpeluang untuk melibatkan diri dengan penceramah dan mendapatkan cerapan praktikal untuk mengharungi cabaran kontemporari.
PISC juga menawarkan persekitaran mesra keluarga dengan aktiviti bermakna direka untuk semua peringkat umur, menjadikannya acara untuk semua orang.
Malah, sempena PISC 2025 kelompok wanita juga ditawarkan Sesi Khas Wanita yang akan berlangsung selama sehari, menampilkan penceramah wanita terkenal yang akan membincangkan topik yang relevan untuk wanita dalam suasana yang menjamin privasi dan keselesaan.
Sesi Khas Wanita itu antara lain menawarkan perbincangan untuk memperkasakan wanita, berlandaskan al-Quran dan Sunnah, ruang mesra bertanya dan berinteraksi dengan bebas selain pandangan bermakna daripada sarjana wanita yang menginspirasikan.
Konvensyen itu diadakan secara percuma buat semua.
Untuk maklumat lanjut mengenai PISC 2025, boleh melayari laman web atau mengunjungi platform media sosial PISC di Facebook dan Instagram. — The Merdeka Times