Connect with us

Antarabangsa

Israel tidak akan hentikan perang di Gaza sekarang – Netanyahu

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu
  • Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Isnin berkata beliau tidak akan menghentikan perang di Gaza “sekarang” ketika usaha baharu ke arah gencatan senjata di wilayah konflik itu sedang dijalankan.
  • Bercakap pada sidang akhbar di Baitulmaqdis Barat, Netanyahu dipetik TRT berkata “jika kita menamatkan perang sekarang, Hamas akan kembali, pulih, membina semula dan menyerang kita semula — dan itulah yang kita tidak mahu kembali berlaku”.
  • Qatar, pengantara utama, pada Sabtu berkata terdapat “momentum” baharu untuk rundingan yang diwujudkan oleh pemilihan Donald Trump di AS.
  • Sumber rapat dengan delegasi Hamas berkata, pada masa sama, Turkiye serta Mesir dan Qatar telah “membuat usaha untuk menghentikan perang” dan pusingan baru rundingan boleh dimulakan tidak lama lagi.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Isnin berkata beliau tidak akan menghentikan perang di Gaza “sekarang” ketika usaha baharu ke arah gencatan senjata di wilayah konflik itu sedang dijalankan.

Bercakap pada sidang akhbar di Baitulmaqdis Barat, Netanyahu dipetik TRT berkata “jika kita menamatkan perang sekarang, Hamas akan kembali, pulih, membina semula dan menyerang kita semula — dan itulah yang kita tidak mahu kembali berlaku”.

Netanyahu mengulangi matlamatnya dalam “pemusnahan Hamas, penghapusan keupayaan ketenteraan dan pentadbirannya” untuk mencegah serangan masa depan.

Dia berkata objektif itu masih belum lengkap.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken pada 23 Oktober lalu berkata Israel telah “berjaya membongkar kapasiti ketenteraan Hamas” dan menghapuskan kepimpinan kanannya. 

Katanya, sudah tiba masanya untuk Israel “membawa tebusan pulang dan menamatkan perang dengan pemahaman tentang apa yang akan berlaku”.

Qatar, pengantara utama, pada Sabtu berkata terdapat “momentum” baharu untuk rundingan yang diwujudkan oleh pemilihan Donald Trump di AS.

Sumber rapat dengan delegasi Hamas berkata, pada masa sama, Turkiye serta Mesir dan Qatar telah “membuat usaha untuk menghentikan perang” dan pusingan baru rundingan boleh dimulakan tidak lama lagi. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *