Connect with us

Antarabangsa

Israel siap sedia serang tapak nuklear Iran

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Tentera Udara Israel sedang melakukan persiapan untuk melakukan “serangan berpotensi” ke atas kemudahan nuklear Iran, menurut sumber tentera dipetik media Israel.
  • Laporan RT pada Khamis memetik Times of Israel yang memetik pegawai tentera berkata, Baitulmaqdis Barat percaya pengambilalihan mengejut Syria oleh tentera pemberontak telah melemahkan kedudukan Tehran di rantau itu, yang boleh mendorong Iran untuk mempercepatkan program atomnya.
  • Israel dilaporkan percaya bahawa Iran telah “terpencil” selepas penggulingan Assad dan sekutu utamanya, Hizbullah yang berpangkalan di Lubnan, telah dilemahkan dengan ketara oleh serangan tentera Israel, baru-baru ini. 
  • Times of Israel mendakwa keadaan itu boleh mendorong Iran untuk mempercepatkan program nuklearnya dan mewujudkan peluang untuk serangan awal Israel. 

Tentera Udara Israel sedang melakukan persiapan untuk melakukan “serangan berpotensi” ke atas kemudahan nuklear Iran, menurut sumber tentera dipetik media Israel.

Laporan RT pada Khamis memetik Times of Israel yang memetik pegawai tentera berkata, Baitulmaqdis Barat percaya pengambilalihan mengejut Syria oleh tentera pemberontak telah melemahkan kedudukan Tehran di rantau itu, yang boleh mendorong Iran untuk mempercepatkan program atomnya.

Serangan udara Israel dilaporkan telah menghapuskan sebahagian besar pertahanan udara Syria, sekali gus membuka jalan untuk operasi menentang Iran.

Israel dilaporkan mempertimbangkan serangan ke atas tapak nuklear Iran selepas serangan peluru berpandu Teheran pada 1 Oktober lalu, namun tidak meneruskan rancangan itu.

Kerajaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menggunakan situasi terkini di Syria untuk memusnahkan keupayaan ketenteraan negara jirannya, melancarkan “salah satu operasi serangan terbesar dalam sejarah” tentera udara Israel. 

Kerajaan Bashar Assad di Syria telah digulingkan pasukan anti-rejim Assad, Hayat Tahrir al-Sham (HTS) pada minggu lalu dan masih belum menyatukan kuasa.

Israel dilaporkan percaya bahawa Iran telah “terpencil” selepas penggulingan Assad dan sekutu utamanya, Hizbullah yang berpangkalan di Lubnan, telah dilemahkan dengan ketara oleh serangan tentera Israel, baru-baru ini. 

Times of Israel mendakwa keadaan itu boleh mendorong Iran untuk mempercepatkan program nuklearnya dan mewujudkan peluang untuk serangan awal Israel. 

Teheran menegaskan program nuklearnya adalah bersifat aman dan awam, iaitu bertentangan dengan dakwaan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang menuduh Iran membuat bom atom. 

Lima kuasa nuklear utama dunia pada 2015 mencapai perjanjian dengan Iran untuk memantau aktiviti nuklearnya sebagai pertukaran untuk pelepasan sekatan, tetapi Amerika Syarikat (AS) secara unilateral menarik diri daripada perjanjian itu pada 2018. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *