Antarabangsa
Israel bunuh wartawan Palestin untuk tapis maklumat – CPJ
- Pembunuhan Israel terhadap wartawan Palestin tidak lain hanyalah percubaan untuk menapis maklumat dari Gaza dan Tebing Barat, kata Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ).
- Menurut Pengarah CPJ, Jodie Ginsberg dalam laporan Al Jazeera dipetik TASS pada Isnin, pembunuhan wartawan Palestin adalah sebahagian percubaan sistematik Israel untuk menapis maklumat.
- “Kami bergantung kepada (wartawan Palestin) untuk semua maklumat yang kami keluarkan tentang apa yang berlaku di dalam Gaza,” katanya, menunjukkan bahawa Al Jazeera “adalah satu-satunya organisasi berita antarabangsa dengan kakitangan yang masih berada di Gaza”.
Pembunuhan Israel terhadap wartawan Palestin tidak lain hanyalah percubaan untuk menapis maklumat dari Gaza dan Tebing Barat, kata Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ).
Menurut Pengarah CPJ, Jodie Ginsberg dalam laporan Al Jazeera dipetik TASS pada Isnin, pembunuhan wartawan Palestin adalah sebahagian percubaan sistematik Israel untuk menapis maklumat.
“Kami bergantung kepada (wartawan Palestin) untuk semua maklumat yang kami keluarkan tentang apa yang berlaku di dalam Gaza,” katanya, menunjukkan bahawa Al Jazeera “adalah satu-satunya organisasi berita antarabangsa dengan kakitangan yang masih berada di Gaza”.
Saluran TV berpangkalan di Qatar itu pada Ahad melaporkan tentera Israel telah membunuh jurukameranya yang membuat liputan mengenai situasi di kem pelarian Nuseirat.
Menurut pejabat media kerajaan Palestin, seramai 196 wartawan maut di Gaza sejak ketegangan meningkat pada Oktober tahun lalu. – The Merdeka Times