Connect with us

Antarabangsa

‘Hanya ada dua jantina’ , Trump isytihar perang terhadap transgender di AS

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden terpilih Amerika Syarikat , Donald Trump
  • Donald Trump berkata dengan hanya satu tandatangan akan mengakhiri kegilaan transgender dan tindakan mencacatkan tubuh kanak-kanak, yang jelas merujuk kepada pembedahan penukaran jantina.
  • “Saya akan menandatangani perintah eksekutif untuk menghentikan pembedahan penukaran jantina kanak-kanak, mengeluarkan transgender dari tentera dan dari sekolah rendah, menengah dan tinggi kita,” tegas Trump.

ARIZONA — Presiden terpilih Amerika Syarikat , Donald Trump mengisytiharkan perang terbuka terhadap kegilaan transgender di negara itu dengan mengatakan secara tegas bahawa hanya ada dua jantina di dunia ini.

Dalam ucapan selama 90 minit di sebuah persidangan konservatif di Phoenix,Trump turut berjanji akan mengenakan tindakan keras terhadap transgender termasuk mengharamkan semua individu transgender daripada berkhidmat dalam tentera.

Beliau turut berikrar untuk menutup sempadan negara, menamatkan peraturan persekutuan, mengurangkan cukai, mendakwa lawan politiknya, “menghentikan gelombang woke” dan “mengakhiri kegilaan transgender”.

Presiden terpilih itu mengkritik secara terbuka golongan transgender yang disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton.

Tegasnya, “zaman keemasan baharu di Amerika” telah bermula.

Donald Trump berkata dengan hanya satu tandatangan akan mengakhiri kegilaan transgender dan tindakan mencacatkan tubuh kanak-kanak, yang jelas merujuk kepada pembedahan penukaran jantina.

“Saya akan menandatangani perintah eksekutif untuk menghentikan pembedahan penukaran jantina kanak-kanak, mengeluarkan transgender dari tentera dan dari sekolah rendah, menengah dan tinggi kita,” tegas Trump.

Beliau juga berikrar untuk memastikan tiada penglibatan lelaki dalam sukan wanita.

“Kita akan memastikan lelaki tidak masuk dalam sukan wanita,

“Dasar rasmi kerajaan Amerika Syarikat adalah bahawa hanya ada dua jantina: lelaki dan perempuan. Kita akan menghentikan gelombang woke,” katanya, merujuk kepada inisiatif-inisiatif tersebut.

Trump berjanji untuk “menghentikan kegilaan transgender” sejak hari pertama presidensinya, dengan sokongan daripada parti Republikan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *