Antarabangsa
Hampir sejuta penduduk Gaza diancam risiko musim sejuk melampau
- Hampir sejuta penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Gaza akibat perang berisiko mengalami kesejukan dan hujan melampau pada musim sejuk ini, demikian amaran agensi PBB untuk pelarian Palestin (UNRWA).
- “Mereka yang hilang tempat tinggal di Gaza memerlukan perlindungan daripada hujan dan kesejukan. Hanya sekitar 23 peratus daripada keperluan ini dipenuhi, menyebabkan 945,000 orang berisiko terdedah pada musim sejuk ini,” kata agensi PBB itu dalam satu kenyataan dipetik Anadolu.
- UNRWA berkata bantuan diperlukan segera untuk menangani keperluan yang sangat besar apabila krisis semakin mendalam.
Hampir sejuta penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Gaza akibat perang berisiko mengalami kesejukan dan hujan melampau pada musim sejuk ini, demikian amaran agensi PBB untuk pelarian Palestin (UNRWA).
“Mereka yang hilang tempat tinggal di Gaza memerlukan perlindungan daripada hujan dan kesejukan. Hanya sekitar 23 peratus daripada keperluan ini dipenuhi, menyebabkan 945,000 orang berisiko terdedah pada musim sejuk ini,” kata agensi PBB itu dalam satu kenyataan dipetik Anadolu.
UNRWA berkata bantuan diperlukan segera untuk menangani keperluan yang sangat besar apabila krisis semakin mendalam.
Ia berkata orang awam Palestin di Deir al-Balah dan di seluruh Gaza “mencari di runtuhan rumah mereka yang musnah, cuba menyelamatkan apa yang tinggal selepas serangan udara Israel.
“Apabila serangan berterusan, korban awam meningkat dan rumah serta infrastruktur penting menjadi runtuhan,” katanya.
“Kos manusia (human cost) bagi perang ini tidak tertanggung,” kata UNRWA, mengulangi gesaan untuk gencatan senjata segera di Gaza untuk mengelakkan penderitaan selanjutnya.
Israel melancarkan perang pembunuhan beramai-ramai di Gaza yang membunuh lebih 44,700 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak 7 Oktober tahun lalu. – The Merdeka Times